View: 765|Reply: 1
|
Mangsa rompakan bersenjata rangkul emas
[Copy link]
|
|
Tokyo: Jaguh tinju Cuba, Julio La Cruz ditembak dalam rompakan bersenjata pada 2014, namun sekarang dia bergelar juara Olimpik dua kali selepas memenangi pertarungan akhir acara tinju kelas heavyweight di Tokyo, hari ini.
La Cruz bernasib baik tidak mengalami kecederaan parah ketika dia dirompak dan ditembak di bahagian pinggul di Cuba sebelum memenangi emas kelas heavyweight dua tahun kemudian di Rio.
Sudah menjengah usia 31 tahun, dia membuang trauma itu jauh di belakangnya dengan menambah koleksi emas Olimpik di Tokyo selepas menewaskan Muslim Gadzhimagomedov dari Rusia dengan kiraan mata.
Dia bagaimanapun mengakui terpaksa mengambil sedikit masa untuk pulih daripada serangan itu.
"Apa yang berlaku adalah menakutkan, tapi saya tidak pernah hilang harapan dan terpaksa mengambil masa untuk pulih."
"Namun doktor di Cuba melakukan tugas yang luar biasa dan hasil harapan saya, doa saya, keluarga saya, orang Cuba dan psikologi yang menyokong saya, saya di sini hari ini.
"Saya dapat meraih dua gelaran ini, dan saya fikir saya layak memenangi." kata La Cruz, juara dunia empat kali dalam kelas light-heavyweight.
sumber : Hmetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jaguh Cuba, Julio La Cruz (kanan) menumbuk ke arah petinju Rusia, Muslim Gadzhimagomedov pada aksi final kelas heavyweight di Tokyo. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|