View: 727|Reply: 1
|
Jun Hoong, Zhuliang berpisah?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sudah sampai masanya untuk penerjun negara Cheong Jun Hoong berpisah dengan jurulatihnya, Yang Zhuliang kerana tiada dimaklumkan berhubung kontrak jurulatih dari China itu.
Zhuliang ketika dihubungi enggan memberi komen lanjut dan hanya memaklumkan bahawa akan peluang ke Australia kerana kontraknya sudahpun tamat.
"Kontrak saya sudah tamat sekarang. Jadi saya akan pulang ke rumah saya di Australia," katanya.
Namun beliau tidak menolak sekiranya diberikan tugas itu namun semuanya terserah kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
Sementara itu, penerjun negara yang juga bekas juara dunia 2017, Jun Hoong mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus memberikan sokongan serta mendorongnya untuk terus terbabit dalam sukan terjun termasuklah kepada Zhuliang yang membantunya selama ini.
Jun Joong mengakui bahawa terjunannya tidak baik seperti yang diimpikan tapi itulah hakikat dalam persaingan kompetitif.
"Lompatan saya tidak seperti yang diinginkan. Tapi inilah pertandingan, ada memang dan kalah dan hanya ada satu juara di atas podium.
"Kita akan kecewa, sedih dan menyesal tapi inilah kehidupan. Jujur berdepan dengan semua dugaannya dan berani menerima kekalahan dan terus pandang ke depan.
"Berjaya menjejakkan kaki di bumi Tokyo ini sudah menjadi satu kejayaan buat saya," katanya dalam hantaran laman sosial Facebook.
sumber : Hmetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ZHULIANG (kanan) mengakui kontraknya sudah tamat sebaik berakhir Olimpik Tokyo. FOTO NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|