View: 699|Reply: 1
|
Azizul ke suku akhir, Shah terjatuh
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir acara keirin selepas muncul juara saringan ketiga di Velodrom Izu, Tokyo sebentar tadi.
Namun seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang beraksi pada saringan kedua terpaksa menempuh satu lagi perlumbaan selepas berlaku kemalangan di pertengahan perlumbaan.
Shah Firdaus dihimpit pelumba Britain Jack Carlin mengakibatkan berlaku kemalangan dan perlumbaan dijangka akan dimulakan sekali lagi.
Turut terbabit dalam kemalangan itu adalah pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.
Kemalangan itu menyebabkan bahu kiri Shah Firdaus tercedera.
sumber : Hmetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AZIZUL menerima ucapan tahniah daripada pesaingnya. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|