CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 729|Reply: 1

Bernasib baik menang emas

[Copy link]
Post time 8-8-2021 07:06 AM | Show all posts |Read mode

Tokyo: Juara baharu Olimpik kategori middleweight dari Brazil, Hebert Sousa berkata, dia bernasib baik kerana dapat melakukan knockout pada pusingan ketiga sekali gus memenangi pingat emas, hari ini.

Lawannya yang juga pilihan utama dari Ukraine, Oleksandr Khyzhniak dilihat selesa mendahului menerusi kiraan mata juri sekali gus tidak berdepan masalah untuk memenangi emas.

Bagaimanapun, entah daripada mana datangnya kekuatan Sousa apabila berjaya melakukan tumbukan padu ke pipi kiri lawannya yang kemudian rebah di atas gelanggang.

Pengadil segera menghentikan perlawanan dengan Khyzhniak dilihat terus tidak bermaya.

"Saya bernasib baik. Ia adalah keputusan KO. Saya sangat gembira," kata Sousa yang meraikan kejayaannya itu dengan tarian capoeira.

"Ia sangat menakjubkan dan saya sangat beremosi. Saya mahu melompat tinggi. Sangat gembira."

Bagaimanapun Khyzhniak berasakan dia mampu meneruskan pertarungan itu.

"Saya tak faham. Saya boleh meneruskan saingan dan sudah beritahu pengadil saya boleh teruskannya," katanya yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

sumber : Hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 07:08 AM | Show all posts

HEBERT Sousa menjerit kegembiraan meraikan kejayaannya memenangi emas. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045665 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list