View: 814|Reply: 1
|
'Bukan salah Carlin, tapi Buchli'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bukan salah pelumba Britain, Jack Carlin yang mengakibatkan pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrol terbabit dengan kemalangan di saringan kedua acara keirin di Olimpik Tokyo 2020, hari ini.
Sebaliknya, ia berpunca daripada pelumba Belanda, Matthijs Buchli yang beraksi dalam keadaan merbahaya sehingga dia dikenakan amaran pada perlumbaan ulangan saringan kedua di Velodrom Izu itu.
Pelumba basikal negara, Mohamad Fadhil Zonis berkata, kemalangan antara Carlin dan Shah Firdaus berpunca daripada daya graviti G-Froce kerana pelumba ketika itu berada dalam kelajuan tinggi.
Katanya, apabila berada dalam situasi itu akan menyebabkan pelumba hilang kawalan.
"Jika dilihat semula video, pelumba Belanda itu naik ke atas sedikit untuk memotong, jadi dia terlanggar Carlin dan menyebabkan Carlin bergerak dan terkena Shah Firdaus.
"Kerana daya G-Froce laju itu, Shah hilang kawalan dan jatuh tapi Carlin bernasib baik berjaya mengelak. Tapi Carlin pun salah kerana menjadi punca Shah terjatuh," katanya.
Shah Firdaus kemudian turut layak mengiringi Datuk Azizulhasni Awang untuk bertarung di suku akhir keirin, esok.
Bagaimanapun, akibat kemalangan itu, Shah Firdaus disyaki mengalami patah tulang rusuk dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Dia masih dalam pemantauan dan belum dapat dipastikan sama ada dapat beraksi pada perlumbaan suku akhir yang akan berlangsung pada 9.29 pagi waktu Malaysia.
Berikutan kejadian itu, laman sosial Carlin menerima serangan daripada netizen yang rata-rata menyalahkannya kerana menjadi punca kepada kemalangan membabitkan Shah Firdaus.
sumber : Hmetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PELUMBA basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada perlumbaan saringan kedua acara keirin di Tokyo 2020 di Velodrom Izu, hari ini. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|