View: 834|Reply: 1
|
Kenny tunggu Azizulhasni di Paris 2024
[Copy link]
|
|
Tokyo: Jason Kenny berkata, dia mungkin akan fikir dua kali untuk bersara selepas meraih emas ketujuh Olimpik sekali gus muncul atlet Britain paling cemerlang di temasya berkenaan.
Pelumba berusia 33 tahun itu mempamerkan kayuhan mantap di saingan akhir keirin untuk meraih pingat kesembilan keseluruhan dan memintas Chris Hoy yang sebelum ini merangkul enam emas.
Kenny mencuri tumpuan dan sekarang ini berjaya mengatasi bekas pelumba berbasikal, Bradley Wiggins yang mencatat nama sebagai Olimpian Britain paling cemerlang dengan mengumpul tujuh emas dan dua perak selepas menyertai empat kali temasya berkenaan.
Penyandang juara itu mengatasi pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang dan juara dunia, Harrie Lavreysen dari Belanda, yang sebelum ini meraih emas bagi acara pecut individu dan berpasukan.
Kenny yang sebelum ini sudah bersara selepas Rio 2016, masih belum pasti sama ada dia akan meneruskan lagi aksi di Olimpik sebaik berakhirnya temasya di Tokyo apabila kejayaan terbaru itu membuatkannya perlu berfikir sejenak.
"Jika anda bertanya kepada saya awal pagi ini, saya akan menjawab ya (bersara) tapi sekarang saya rasa macam boleh terus beraksi," katanya.
Kenny kelihatan seperti hilang taring sepanjang minggu ini di Velodrom Izu, di mana dia hanya meraih perak dalam acara pecut berpasukan sebelum ditumpaskan Lavreysen dalam saingan pecut individu.
"Pagi ini di dalam fikiran saya memikirkan saya sudah berusia 33 tahun dan semakin perlahan.
"Saya tidak dapat berlatih seperti yang saya mahukan, saya berdepan dengan masalah. Saya kecewa dengan kepantasan saya di sini," kata Kenny.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KENNY melempar topi keledarnya selepas muncul juara keirin lelaki di Olimpik Tokyo. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|