View: 808|Reply: 1
|
Beregu Wee Kiong, V Shem berpisah
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Selepas tujuh tahun bersama, beregu badminton lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem akhirnya secara rasmi berpisah.
Gandingan berkenaan yang cukup digeruni satu ketika dahulu pernah meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.
Dalam satu hantaran di media sosial, Wee Kiong menzahirkan rasa terima kasih terhadap rakan gandingannya itu yang turut pernah bersama-sama meraih gelaran beregu lelaki nombor satu dunia pada tajun sama.
"Terima kasih kerana bergandingan dengan saya untuk tujuh tahun. Tanpa kamu, saya tidak mungkin mencapai tahap tertinggi dalam karier badminton seperti memenangi pingat perak di Olimpik Rio 2016 dan menjadi beregu nombor satu di dunia.
"Saya amat berterima kasih atas sokongan diberikan di dalam mahupun di luar gelanggang badminton. Saya doakan supaya kamu berjaya di masa hadapan.
"Terima kasih kepada penaja dan penyokong kami yang menaja dan menyokong kami selepas menjadi pemain 'independent' (profesional)," katanya.
Mengikut rekod, Wee Kiong-V Shem mula bergelar beregu profesional pada Januari 2019 selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Antara pencapaian diraih gandingan itu adalah memenangi pingat emas Sukan Komonwel Glasgow 2014 dalam acara beregu lelaki sebelum membantu meraih kilauan pingat sama dalam acara berpasukan campuran.
Selain itu, mereka pernah menghadiahkan pingat gangsa di Sukan Asia Incheon 2014.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BEREGU negara, Goh V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong ketika beraksi di Terbuka Thailand, Januari lalu. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|