View: 741|Reply: 1
|
Pemandu teksi menang emas tinju middleweight wanita
[Copy link]
|
|
Tokyo: Lauren Price pernah mewakili Wales dalam bola sepak, bermain bola baling di peringkat remaja antarabangsa dan bekas juara dunia dalam kickboxing.
Malah, dia pernah aktif taekwondo dan turut menjadi pemandu teksi.
Tetapi, hari ini, dia menang emas tinju kategori middleweight wanita di Olimpik Tokyo 2020 dengan menewaskan petinju China, Li Qian.
Petinju Britain berusia 27 tahun itu yang berstatus juara dunia dan Eropah bagi acara tinju, menceritakan perjalanan kariernya sebelum muncul pemenang emas Sukan Olimpik.
"Saya bermain bola sepak untuk Wales, tetapi saya amat sibuk ketika itu kerana turut aktif kick-boxing, bola sepak dan pasukan taekwondo dalam masa enam bulan.
"Saya fikir jika tidak berjaya dalam tinju, saya boleh bermain bola sepak semula.
"Tetapi, ada sesuatu yang menarik mengenai tinju apabila berada di gelanggang untuk diri sendiri. Saya sukakan perasaan itu."
Lauren berkata, dia hanya akan menumpukan kepada tinju selepas ini dan tidak lagi menjadi pemandu teksi.
"Perkara lepas itu sudah berlalu sekarang," katanya sambil ketawa ketika mengimbas pengalaman menjadi pemandu teksi.
"Tinju adalah satu-satunya untuk saya sekarang dan saya akan kekal bersamanya. Ia keutamaan ketika ini."
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PETINJU Britain, Lauren Price memenangi pingat emas middleweight wanita (69-75kg) di Olimpik Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|