View: 736|Reply: 1
|
Jaguh Brazil tumbang 2 kali sebelum tarik diri
[Copy link]
|
|
Tokyo: Bintang Brazil, Daniel do Nascimento terjatuh dua kali dalam keadaan kepenatan ketika acara maraton lelaki dijalankan Sukan Olimpik Tokyo, hari ini.
Atlet berusia 23 tahun yang dikenali dengan gelaran Danielzinho adalah salah seorang daripada sebahagian besar peserta yang menarik diri dari perlumbaan itu.
Ia berikutan atlet terpaksa berlari dalam keadaan panas terik dan berdepan bahang haba.
Dia hanya mampu bertahan sementara dalam jarak larian yang panjang itu.
Danielzinho beberapa kali berhenti sebelum menyambung pemburuan untuk menamatkan acara maraton tetapi menarik diri kemudiannya.
Atlet muda itu kelihatan menggosok dada dan perut selepas dia kelihatan bergelut dengan keadaan cuaca panas terik di Jepun.
Maraton kebiasaannya tidak dijalankan dalam keadaan suhu tinggi, dengan acara perlumbaan terkenal di London, Boston dan New York tidak dijadualkan pada musim panas.
Danielzinho sebaliknya hanya berjaya menamatkan satu kejohanan kompetitif dalam kariernya dan lebih berpengalaman dalam acara 5,000m dan 10,000m.
Ikon Kenya, Eliud Kipchoge memenangi acara lelaki untuk mempertahan kejuaraannya dan merangkul pingat keempatnya dalam Olimpik mencatat masa dua jam lapan minit dan 38 saat.
Bintang Belanda, Abdi Nageeye merangkul perak sementara wakil Belgium, Bashir Abdi membawa pulang gangsa.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atlet Brazil, Daniel do Nascimento tidak berdaya meneruskan larian. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|