View: 776|Reply: 1
|
MotoGP : Martin julang kemenangan pertama bersama Pramac Racing
[Copy link]
|
|
SPIELBERG – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin kembali berada di landasan terbaiknya apabila melakukan kejutan meraih kemenangan pertama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Styria sebentar tadi.
Meskipun perlumbaan tersebut dihentikan akibat berlaku insiden kemalangan membabitkan Dani Pedrosa (KTM) dan Lorenzo Savadori (Aprilia) di pusingan kedua, namun ia tidak mengganggu fokus Martin.
Ketika saingan itu dimulakan semula, Martin yang memulakan saingan di petak pertama terus memberi tekanan dan menguasai sepanjang perlumbaan tersebut.
Martin sebelum ini terpaksa berehat tiga perlumbaan akibat kemalangan sewaktu di GP Portugal yang mengakibatkan patah di tiga bahagian iaitu metacarpal ibu jari kanan, kaki kanan (pergelangan kaki) dan tibial kiri (lutut).
“Sukar saya nak mempercayainya dan sungguh luar biasa. Saya fokus pada setiap pusingan dan saya gembira dengan kemenangan ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana ini adalah permulaan terbaik dalam karier saya. Saya harap mampu mengekalkan aksi terbaik ini pada perlumbaan akan datang,” katanya.
Pelumba Suzuki, Joan Mir yang cuba mengejar kedudukan Martin terpaksa menamatkan saingan tempat kedua, manakala Fabio Quartararo (Yamaha) tempat ketiga.
Sebagai rekod, kali terakhir Martin menaiki podium sewaktu dia menamatkan saingan tempat ketiga di Grand Prix Doha pada April lalu.
Hasil keputusan tersebut, Quartararo dilihat terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu carta kedudukan pelumba ketika ini dengan 172 mata sekali gus meninggalkan Johann Zarco ditempat kedua dengan 131 mata, manakala Mir tempat ketiga dengan 116 mata. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MARTIN yang memulakan aksi di petak pertama selepas insiden kemalang berjaya mempertahankan kedudukan untuk meraih kemenangan pada aksi sebentar tadi. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|