CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 728|Reply: 1

Azizul simpan hasrat berjuang di Paris

[Copy link]
Post time 9-8-2021 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Sepang: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui masih mahu meneruskan perjuangan dengan beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun pemenang pingat perak menerusi acara keirin di Olimpik Tokyo itu berkata, dia perlu mengadakan perbincangan lebih terperinci dengan pasukannya.

"Insya-Allah perancangan awalnya memang saya nak teruskan sampai Paris 2024 tapi seperti biasa selepas kejohanan besar, kita adakan perbincangan semula dengan jurulatih, John Beasley dan pasukan.

"Bagi saya semangat itu masih membara. Keinginan saya masih kuat dan saya pun tak ada sebarang isu dengan masalah fizikal. Mental saya juga semua Ok," katanya.

Beliau berkata demikian sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Turut tiba adalah seorang lagi jaguh trek berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan penerjun negara, Pandelela Rinong.

Mereka bertiga adalah kumpulan atlet terakhir yang pulang selepas beraksi di Olimpik Tokyo.

Sementara itu, Azizul berkata perkara pertama yang akan dilakukan selepas tamat tempoh kuarantin adalah mahu melawat bapanya, Awang @Muda Embong, 72, yang terlantar di rumahnya di Dungun kerana mengalami angin ahmar.

"Saya nak melawat ayah saya yang kurang sihat dan mak saya di kampung. Itu perkara utama saya nak buat lepas kuarantin," katanya.

Untuk rekod, Azizul sudah beraksi sebanyak empat kempen Olimpik sejak Beijing 2008. Dia juga memenangi gangsa dalam acara keirin pada Rio 2016.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2021 09:54 PM | Show all posts

Azizulhasni Awang bergambar bersama pingat perak yang dimenanginya dalam acara keirin Sukan Olimpik ketika tiba di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.038827 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list