CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 864|Reply: 5

Beasley layak terima gelaran Datuk

[Copy link]
Post time 11-8-2021 07:15 AM | Show all posts |Read mode
ATLET Sukan Lasak, Penjelajah Grand Slam Negara yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengesyorkan agar kerajaan sedia mempertimbangkan supaya jurulatih pelumba basikal negara, John Beasley menerima gelaran Datuk.

Menurut Muhamad Muqharabbin, pengorbanan Beasley kepada negara selama berbelas tahun dalam melatih pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang, perlu mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada kerajaan.

"Bukan mudah menjadi seorang jurulatih yang berjaya menghasilkan atlit bertaraf dunia seperti Datuk Azizulhasni dan lainnya. Kejayaan beliau dalam merancang strategi selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil buat atlit negara.

"Saya amat bersetuju agar beliau diberikan gelaran Datuk dan saya yakin Datuk Azizulhasni serta pelumba-pelumba basikal lain juga juga berpendirian dan sependapat dengan saya," katanya.

Malah menurut Muhamad Muqharabbin, semenjak Beasley menjadi jurulatih, ramai yang sudah mencapai kejayaan berganda antaranya Josiah Ang, Fateha Mustapha dan kini berjaya melahirkan pelapis seperti Fadhil Zonis, Mohd Shah Firdaus dan Anis Roshidi yang berjaya merangkul beberapa pingat di temasya antarabangsa.

"Bahkan, setelah Azizulhasni memenangi pingat di Rio, beberapa negara menawarkan beliau untuk menjadi jurulatih bagi negara mereka, namun John Beasley menolak tawaran lumayan tersebut semata-mata untuk terus melahirkan lebih ramai pelumba basikal Malaysia yang bertaraf antarabangsa.

"Saya berharap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dapat membawa dan menyampaikan perkara ini ke atas," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... erima-gelaran-Datuk
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2021 07:16 AM | Show all posts
16 tahun dia berjasa kepada Malaysia...ye dia LAYAK dpt anugerah Datuk.(2 pingat olimpik - perak dan gangsa)
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 07:55 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 11-8-2021 07:16 AM
16 tahun dia berjasa kepada Malaysia...ye dia LAYAK dpt anugerah Datuk.(2 pingat olimpik - perak dan ...

boleh bagi datuk and pencen dah kat dia ni... siap ada perancangan nak train pelapis bawah lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 07:58 AM | Show all posts
mama_neko replied at 11-8-2021 07:55 AM
boleh bagi datuk and pencen dah kat dia ni... siap ada perancangan nak train pelapis bawah lagi..  ...

dia dh selesa dgn atlet malaysia dan negara ni..btw MSN pun bagi kemudahan nak training kat aussie..kalu dia coaching negara lain mungkin kena duk negara tu,susah jua nanti..so better for him and malaysia la,win2 situation
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 12:41 PM | Show all posts
xpdckelate replied at 11-8-2021 07:58 AM
dia dh selesa dgn atlet malaysia dan negara ni..btw MSN pun bagi kemudahan nak training kat aussie ...

mungkin la kan... dia dah lama and selesa.. kita pun kalau kerja ngan satu company, dah selesa, malas nk start over... but he deserves la datukship tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya setuju. Tak tau beraya beliau dibayar di Malaysia tapi saya yakin beliau boleh mengambil tawaran negara luar yang lagi mahal. Tapi dia pilih untuk kekal. Harap harap dia dapat pingat gelaran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061371 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list