|
Paris: Ineos akan menyenaraikan dua juara baru Olimpik, Richard Carapaz dan Tom Pidcock dalam pasukan mereka di jelajah Vuelta a Espana yang dijadualkan bermula Sabtu ini di Burgos.
Pidcock dari Britain, memenangi pingat emas mountain-bike di Jepun dan Carapaz dari Ecuador yang juga bekas juara Giro d'Italia pula pemenang bagi acara lebuh raya Olimpik.
Ineos turut diperkuatkan dengan kehadiran Egan Bernal dari Colombia pemenang Giro dan Tour de France.
Pidcock, 22, akan membuat penampilan pertama di jelajah utama. Dia menang Brabantse Pijl dan menamatkan saingan di tempat kedua di Amstel Gold.
Jaguh Britain, Adam Yates dan Pavel Sivakov dari Rusia akan memberi kekuatan bagi saingan di kawasan berbukit.
Team Ineos, sebelum ini Sky, memenangi Vuelta dua kali bersama Chris Froome. Dia dianugerahkan kejuaraan 2011 selepas pelumba Sepanyol, Juan Jose Cobo tidak layak bertanding kerana doping dan dia menamatkan saingan di tempat pertama pada 2017.
Tahun lalu, Carapaz menamatkan saingan di tempat kedua di belakang jaguh Slovenia, Primoz Roglic.
Penyandang juara, yang memenangi emas ujian masa di Olimpik itu, akan berada di Burgos bersama Jumbo-Visma.
Bernal tidak pernah berlumba di Tour of Spain sebelum ini.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|