View: 757|Reply: 2
|
Tiga penaja antarabangsa minat TSG
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Pasukan nombor satu Jelajah Asia, Terengganu Cycling Team (TSG) hampir pasti mendapat tajaan baharu bagi menghadapi perlumbaan musim 2022.
Walaupun wabak pandemik Covid-19 melanda dunia termasuk Malaysia, ianya tidak menghalang beberapa penaja untuk bekerjasama dengan pasukan bertaraf Benua Asia itu.
Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, tiga entiti antarabangsa semakin hampir untuk menjadi rakan penaja baharu pasukan itu bermula Oktober ini.
Katanya, kerjasama itu penting bagi memastikan pasukan yang membariskan 14 pelumba itu termasuk enam import tidak 'gulung tikar' ketika banyak pasukan terpaksa mengangkat bendera putih kerana tiada penajaan kesan pandemik.
Beliau berkata, setakat ini proses perbincangan bersama wakil penaja terbabit kini berada pada fasa akhir sebelum dimuktamadkan perjanjian bersama.
"Penstrukturan pentadbiran juga sudah disusun semula bagi meneruskan hala tuju TSG pasca Covid-19 bagi memastikan pasukan terus berada pada landasan tepat sebagai pasukan bertaraf Benua Asia.
"Setakat ini sebanyak 80 peratus proses penajaan musim depan sudah selesai dan rundingan sedang dilakukan untuk membawa masuk tiga lagi penaja baharu dari luar negara. Hasil perbincangan itu, mereka menunjukkan reaksi yang begitu positif ketika kunjungan kami ke Eropah baru-baru ini untuk melabur, berita ini sudah tentu memberikan kegembiraan kepada kami untuk terus membawa pasukan ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Kejayaan demi kejayaan yang dilakar TSG musim ini dilihat menjadi faktor penting bagi meyakinkan pelabur untuk menaja pasukan sekali gus meningkat lagi imej pasukan ke persada dunia.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PASUKAN TSG capai banyak kejayaan di luar negara. FOTO TSG |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah rezeki depa |
|
|
|
|
|
|
| |
|