CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26970|Reply: 130

[Tempatan] Risiko hantar anak ke sekolah pada 1 September

[Copy link]
Post time 12-8-2021 07:54 AM | Show all posts |Read mode
KETIKA masih berduka dengan pemergian penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu, Merak Jalanan baru tersedar sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula kurang dua minggu sahaja lagi.

Tumpuan ramai terutama golongan ibu bapa kembali terarah kepada keselamatan anak-anak mereka kerana semua remaja di bawah 18 tahun masih belum menerima suntikan vaksin.

Tambahan pula, dakwaan penularan virus Lambda yang dikatakan ditemui tiga hari sebelum pembukaan temasya Olimpik Tokyo 2020 di lapangan terbang di Jepun benar-benar meresahkan.

Varian Delta yang mengambil masa 14 saat untuk berjangkit itu sudah cukup meresahkan, bayangkanlah ancamannya kepada anak-anak kita.

Ketika sedang sarapan pagi semalam, rakan Merak Jalanan berkongsikan satu pautan petisyen mendesak Kementerian Pendidikan menangguhkan pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 1 September ini.

Petisyen yang dimulakan sejak lima hari lalu oleh individu bernama Awang Sulong ditujukan kepada Menteri KPM, Datuk Dr Radzi Jidin dan bekas menterinya, Dr Maszlee Malik.

Ia menyasarkan 100,000 tandatangan. Setakat jam 6 petang pada Rabu, kira-kira 25,000 tandatangan Berjaya dikumpulkan.

Mesej yang ingin disampaikan melalui petisyen itu sangat jelas. Keselamatan dan nyawa. Masih terbayang rakan-rakan rapat Merak Jalanan yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19.

Media akhir-akhir ini juga ada melaporkan kisah-kisah ibu mengandung yang tidak sempat divaksin akhirnya tewas dan meninggal dunia.

Persoalannya sekarang, bersediakah kita meletakkan para pelajar dalam keadaan berisiko dan terdedah kepada bahaya jangkitan pandemik ini?

Pada pendapat Merak Jalanan, pembukaan sekolah pada 1 September sangat berbahaya ketika kes Covid-19 masih tinggi, eloklah ditangguhkan hingga Malaysia mencapai imuniti kelompok.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ah-pada-1-September
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Single Polls, Total 135 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2021 07:55 AM | Show all posts

Pembukaan sekolah pada 1 September sangat berbahaya ketika kes Covid-19 masih tinggi. - Foto Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak Setuju...kes Covid esp di Selangor
masih terlalu tinggi.
No way Jose.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 12-8-2021 08:05 AM

Tak setuju.Jgn la bkk utk sek rendah...sek menengah pon lower form jgn la bg masuk sek lg..bdk spm ok la tp kena ikut sop yg ketat lah.masa kes 100++ ko tutup..kes 20k++ nk bkk pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 08:17 AM | Show all posts
Sangat-sangat tak setuju. Lebih-lebih lagi kat selangor + variant delta
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
maybe murid2 perlis atau negri lain boleh skolah dulu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols memang awal2 kes 8k, 9k aritu dah pasang niat taknak bg anak sekolah kalau sekolah bukak 1hb ni. Siap tanya cikgu2 boleh x kalau taknak sekolahkan anak kalau kes masih 4 angka? Cikgu cakap puan kena buat lah surat rasmi bgtau taknak sekolah kan anak dan tulis kebimbangan puan. Jangan main pakai ponteng diam2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 12-8-2021 08:21 AM
maybe murid2 perlis atau negri lain boleh skolah dulu kot

Kahkahkah. Mesti negeri Phase 2 menyumpah je kan.
Cehhhh, ingat dah boleh dine in, dah boleh jalan2 kesana kesini, bolehlah bergumbira dgn family
Sekali anak2 kena ke sekolah pulok. Kihkihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kesian kat budak2 ke. Kita yg dah vaksin lengkap pun masih takut nak keluar time sekarang ni.
Budak2 yg belum vaksin kena bercampur dgn kawan2 sekelas. Buatnya sorang kena covid tak pepasal satu kelas kena cucuk hidung buat swab test.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 08:57 AM | Show all posts
Hujung ni my daughter masuk pra sekolah, Quebec takkan tutup sekolah dah selepas ini.

Anyway playschool pun tak pernah miss sejak tahun lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:13 AM | Show all posts
buat berperingkat atau selang.. eh ntah la penat nak pikir
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:19 AM | Show all posts
budak2 ni beksin pon takdo..
kes kobid naik mencanak2..
varian delta dh merata.. ni tambah pulak varian lambda..

KPM ni dah hilang akal ke? idea main sembur je ke?
Muntri radzi jidin bleh la letak jawatan..hopeless!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni aku x setuju...sebab kes naik tinggi sangat + kematian 200-300 sehari dan wujud nya varian yg lagi ganas...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
negara lain elok jer bukak
msia ni dah terlalu lama tutup sekolah
sepatutnya cuma 2-3 minggu sahaja
kat negara lain pun budak2 bawah umur 12 tahun tidak
di vaksin dan tetap ke sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku.. big no. Kes dh 20k sari nk bukak sek. Sian anak2 weh terdedah macam2.

Lagipun nak kejar apa.. kan upsr n pt3 dah dimansuhkan punn. Budak spm slowly la blaja online. Nnti sambung u pun blaja online jugak dikk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut pekeliling haritu, KPM bukan kata nak/pasti bukak sekolah 1 sept.. dia kata akan buka mengikut keadaan semasa.. so i rasa sekolah tak bukak kot.. yg ura2 kata f5 jer yg pi skolah tu pun tak juga kot sbb pemberian vaksin utk depa belum dimulakan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 09:56 AM | Show all posts
Parlimen yg dh lengkap 2dose vax pon kecut telo nak bukak. Ni sekolah yg budak2,cikgu2 belum vax terhegeh2 nak suruh bukak. Woi budak belah tengah anak jidin, bertanggungjawab lah sikit! Menteri xda fungsi ni mmg bebal dan membebankan rakyat lah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:58 AM | Show all posts
common sense la

bodoh apa bukak sekolah masa ni

serius ..jangan buat malu kt dunia la
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 10:01 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 12-8-2021 08:02 AM
Tak setuju.Jgn la bkk utk sek rendah...sek menengah pon lower form jgn la bg masuk sek lg..bdk spm o ...

Betul tu setuju amat sis. Semua katup kecuali spm dan stpm jah. Sekurang2 nya budak2 besar tu xramai dan boleh la nak jaga sop sikit daripada budak2 kecik yg kehulu kehilir melalak jah kerjanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 12-8-2021 09:26 AM
negara lain elok jer bukak
msia ni dah terlalu lama tutup sekolah
sepatutnya cuma 2-3 minggu sahaj ...

Negara lain yg kau quote ni kes dia tinggi tak..kematian d icu tinggi tak mcm malaysia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.082585 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list