View: 704|Reply: 1
|
Serena, Venus pula tarik diri
[Copy link]
|
|
PEMAIN tenis wanita ranking ke-20 dunia, Serena Williams menjelaskan dia menarik diri daripada menyertai Kejohanan Western & Southern di Cincinnati minggu depan, berikutan masih dibelenggu masalah kecederaan buku lali yang dialaminya ketika beraksi pada Kejohanan Wimbledon, Julai lalu.
Menurut juara dua kali di Cincinnati itu, kecederaan berkenaan secara tidak langsung telah membataskan pergerakannya.
“Saya tidak akan beraksi pada kejohanan itu berikutan masalah kecederaan buku lali yang saya alami ketika ini.
“Ketika ini saya masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan yang saya alami ketika beraksi pada Wimbledon bulan lalu.
“Sejujurnya, saya akan rindukan semua peminat saya di Cicinnati di mana saya memang merancang untuk menemui mereka pada musim panas ini. Jangan bimbang, saya akan kembali tidak lama lagi,” katanya.
Penarikan diri pasangan adik beradik itu sekali gus menjadikan mereka sebagai antara pemain tenis berprofil tinggi yang menarik diri daripada kejohanan berkenaan setelah pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic mengumumkan perkara sama pada Selasa.
Turut menarik diri daripada kejohanan berkenaan adalah pemain nombor empat dunia dari Amerika Syarikat (AS), Sofia Kenin dan Roger Federer (sembilan/Sepanyol).
Untuk rekod, Serena menarik diri daripada Kejohanan Wimbledon 2021 setelah mengalami kecederaan buku lali ketika berdepan pemain Belarus, Aliaksandra Sasnovich pada pusingan pertama.
Kecederaan itu turut menyaksikan Serena tidak menyertai Sukan Olimpik London 2020.
Sementara itu bagi Venus, dia menarik diri daripada menyertai Kejohanan Western & Southern di Cincinnati itu berikutan turut mengalami kecederaan pada kaki.
Bagaimanapun menurut Venus, kecederaan yang dialaminya itu tidak begitu serius dan dijangka dia boleh beraksi pada saingan Terbuka US yang dijadualkan berlangsung mulai 30 Ogos hingga 12 September 2021.
“Buat masa ini saya turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan saya tidak akan beraksi di Cincinnati.
“Namun ia (kecederaan), tidaklah serius dan saya rasa ia akan pulih dalam masa seminggu ini,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... nus-pula-tarik-diri
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Serena (kanan) tidak dapat menahan kesediahan apabila terpaksa menarik diri pada pusingan pertama Wimbledon, bulan lalu akibat kecederaan buku lali. - Foto The Guardian |
|
|
|
|
|
|
| |
|