View: 882|Reply: 2
|
Bukan MOM tak nak tolong...
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sememangnya Malaysia mengharapkan sukan seperti boling, sepak takraw dan skuasy dipertandingkan di temasya Olimpik namun itu bukan di bawah bidang kuasa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk melobi perkara berkenaan.
Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria ketika dihubungi berkata, penyenaraian dan usaha untuk menyenaraikan sukan untuk dipertandingkan adalah di bawah persatuan sukan antarabangsa (IF) masing-masing.
"Untuk menyenaraikan dan melobi sesuatu sukan itu adalah di bawah bidang kuasa IF. Maksudnya bukan kita tak nak lobi tapi ini sebab IF punya bidang kuasa.
"Selepas itu IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) pula akan pertimbangkan dari pelbagai aspek antarabangsa antaranya nilai komersial dari segi penyiaran, berapa juta orang akan lihat dan macam-macam lagi yang akan diberi penilaian.
"IOC yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan pemilihan sesuatu jenis sukan itu," katanya.
Terdahulu, skuasy menerusi Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) pernah melobi sukan itu untuk disenaraikan ke temasya Olimpik 2016 pada 2013 yang lalu namun ditolak oleh IOC atas beberapa faktor.
Antaranya tidak mendapat majoriti undian dua per tiga di Persidangan IOC menyaksikan skuasy tewas kepada golf dan ragbi.
WSF mencuba sekali lagi untuk dimasukkan ke Olimpik 2020 malangnya ia turut ditolak dan sebaliknya lima sukan baru papan luncur, besbol, luncur air dan memanjat dinding (wall climbing) dipilih.
Terdahulu MOM pernah menyatakan kecewa dengan keputusan IOC yang menggugurkan skuasy dan karate dalam senarai akhir program Sukan Olimpik Paris 2024.
Lebih mengejutkan, tuan rumah Olimpik 2024, Perancis menyenaraikan acara 'breakdancing' dalam senarai akhir namun ia masih lagi menanti keputusan dari IOC.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TAN Sri Mohamad Norza Zakaria. FOTO Owee Ah Chun |
|
|
|
|
|
|
|
Ikutkan, golf tuew punyalah boring tahap kekura. Agaknya masuk olimpik ikut kabel, game orang kayangan lah uols kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|