View: 915|Reply: 1
|
'Kami anak tiri serba kekurangan'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sekalipun gagal menyinar pada temasya Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini, beregu campuran bebas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tetap bersyukur kerana mempunyai penaja yang sedia bersorak ketika menang selain berkongsi sedih apabila mereka kalah.
Dalam satu hantaran di akaun Instagram, Liu Ying secara merendah diri, mengucapkan terima kasih tulus ikhlas kepada semua penajanya yang memberi sokongan padu kepada mereka selama ini.
"Sememangnya perjalanan dan karier sebagai pemain bebas amat mencabar. Pemain bebas seperti kami seumpama anak tiri yang serba kekurangan. Tanpa sokongan anda selama ini, tidak mungkin kami dapat bertahan hingga ke hari ini.
"Kami rasa bersyukur kerana adanya teman sejati seperti anda, yang sudi bersorak dalam kegembiraan apabila kami menempa kejayaan dan sama-sama berkongsi sedih apabila kami ditimpa kekalahan. Andalah pedoman dan pembakar semangat bagi kami untuk bangkit dan terus berusaha," katanya selain menyenaraikan sekurang-kurangnya nama lapan penaja di hujung statusnya itu.
"Sekali lagi, dengan penuh rendah diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang selalu di sisi saya," tulis Liu Ying mengakhiri catatan itu.
Peng Soon-Liu Ying, pemenang pingat perak acara beregu campuran temasya Olimpik Rio 2016, gagal sekurang-kurangnya untuk menyamai pencapaian itu apabila terkandas di peringkat kumpulan pada Olimpik Tokyo.
Mereka tewas semua tiga perlawanan peringkat kumpulan di tangan beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dari Jerman dan pemenang pingat emas Wang Yilyu-Huang Dongping dari China.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LIU Ying (kiri) mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu di sisinya. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|