View: 833|Reply: 3
|
Kehangatan Paralimpik mula dirasai
[Copy link]
|
|
Tokyo: Jepun mengadakan upacara pertama menyalakan obor Paralimpik hari ini dengan atlet menanti sama ada penonton akan berada di stadium atau tidak ketika negara berkenaan bertarung melawan peningkatan kes Covid-19.
Penonton tidak dibenarkan di hampir semua gelanggang pada Olimpik Tokyo yang berakhir Ahad lalu kerana pandemik, manakala atlet berdepan kawalan pergerakan ketat selain menjalani ujian Covid-19 setiap hari.
Sukan Paralimpik dijangka akan berlangsung dengan cara yang sama yang akan bermula pada 24 Ogos kata media Jepun, manakala keputusan rasmi dijangka awal minggu depan.
Walaupun Jepun menyaksikan penularan kecil secara keseluruhan namun dengan jumlah kematian sekitar 15,300, gelombang baharu yang disebabkan varian Delta menyebabkan jumlah kes mencapai rekod baharu.
Tokyo dan lima lagi wilayah kini dalam perintah berkurung dengan bar dan restoran dilarang menjual alkohol selain diminta tutup pada jam 8 malam.
Selain acara tradisional berlari membawa obor di laluan awam, menyalakan api dari obor ke obor lain juga akan diadakan di pekan dan bandaraya seluruh Jepun dalam tempoh seminggu akan datang.
Ia akan dibawa ke Tokyo dan dihimpunkan, namun perancangan membenarkan penonton sepanjang laluan ditarik balik kata pegawai kerajaan.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ATLET paralimpik Belanda, Esther Vergeer sudah bersedia untuk berlepas ke Tokyo. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
|
Xsabar.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|