View: 1051|Reply: 2
|
Juara 100m Olimpik berehat hingga 2022
[Copy link]
|
|
ROM: Juara 100 meter Olimpik, Lamont Marcell Jacobs mengumumkan hari ini di akaun Instagram miliknya bahawa dia tidak akan berlari hingga 2022.
Ia sebagai balasan terhadap pertanyaan peminat di sosial media yang bertanyakan bila dia akan tampil kembali ke balapan dengan dia membalas: "2022."
Hampir tidak dikenali setahun lalu, pelari Itali kelahiran Texas itu mencipta kejutan dalam acara 100m di Olimpik Tokyo selain emas dalam acara 4x100m.
Kejayaan hebat itu dicapai dengan rekod Eropah, 9.80 saat.
Pelari berusia 26 tahun itu dijadualkan berlari pada 21 Ogos pada Liga Berlian Eugene di Amerika Syarikat.
Selepas itu dia akan beraksi pada 3 September dekat Brussels dan 9 September di Zurich yang juga penamat musim Final Liga Berlian.
Selepas kejayaannya dan kembali ke Itali dari Tokyo yang disambut sebagai hero, Jacobs kembali berlatih.
Bagaimanapun media Itali mengatakan bahawa bintang olahraga itu segera berehat selepas "merasai kelesuan Olimpik selain masalah lutut," lapor akhbar Itali, Il Corriere della Sera. - AFP
BHarian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelari Itali, Lamont Marcell Jacobs melintas garisan penamat dalam acara 100m lelaki pada Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan hari tu kena siasat pasal kes steroid? |
|
|
|
|
|
|
| |
|