View: 941|Reply: 1
|
Kelly Tan berdepan jadual padat musim panas
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemain golf wanita, Kelly Tan memilih untuk berehat seketika selepas tamatnya temasya Olimpik Tokyo.
Dia yang cemerlang di Olimpik apabila menamatkan saingan di kedudukan 34 dari 60 peserta dalam saingan individu berkata, dia perlu berehat dan memerlukan tempoh bertenang sebelum kembali semula ke lapangan.
Ini kerana dia akan berdepan dengan jadual padat pada musim panas nanti, justeru perlu menggunakan masa sebaik mungkin ketika ini.
"Selepas ini saya akan kembali berpangkalan di San Diego, Amerika Syarikat. Kalau semuanya mengikut apa yang dirancang, jadual saya akan padat sepanjang musim panas nanti.
"Jadi sekarang ini saya perlukan rehat beberapa minggu sebelum kembali ke lapangan," katanya.
Menurutnya, dia berpuas hati dengan keputusan yang dilakarkan di Tokyo biarpun harapan untuk membawa pulang pingat tidak kesampaian.
Pemain berusia 27 itu berjaya memperbaiki pencapaian ketika di Rio 2016 apabila menamatkan acara berkenaan di kedudukan 51.
Dia layak beraksi di Tokyo 2020 selepas menduduki ranking ke-42 daripada 60 peserta dalam ranking Olimpik bagaimanapun sedar kesilapan yang dilakukan iaitu double bogey pada dua pusingan pertama mengganggu corak permainannya.
"Banyak yang saya pelajari ketika di Tokyo. Antaranya adalah bagaimana untuk belajar bersabar.
"Saya berjaya mengawal diri dan bersabar dan hasilnya satu keputusan yang positif berjaya diraih ketika di Tokyo.
"Jika saya terus bersabar, perlawanan akan menjadi milik saya dan keputusan yang baik akan hadir selepas itu," katanya.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by xpdckelate at 13-8-2021 08:14 PM
Kelly Tan |
|
|
|
|
|
|
| |
|