CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1852|Reply: 5

KKM Terima Laporan 2 Kes Keracunan Akibat Pengambilan Ivermectin Secara Kendiri

[Copy link]
Post time 15-8-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sumber: https://lobakmerah.com/kkm-terima-laporan-2-kes-keracunan-akibat-pengambilan-ivermectin-secara-kendiri/
Penulis: Fahmy Rosly

Penggunaan ubat Ivermectin dalam mengubati Covid-19 masih dalam perincian pakar. Pelbagai kajian sedang dijalankan mengenai keberkesanan Ivermectin merawat pandemik ini.
Terkini, Pusat Racun Negara mengesan 2 kes keracunan akibat pengambilan ubat Ivermectin secara kendiri.
Dalam satu laporan dariAstro Awani, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kes pertama melibatkan pengguna berumur 35 tahun dan kes kedua pula melibatkan seorang warga emas.

Kes pertama, pengguna berumur 35 tahun tersebut telah mengambil satu biji Ivermectin dan telah mengakibatkannya mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga 5 hari selepas pengambilan.

Kes kedua, seorang warga emas didapati telah tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekali gus.

KKM memberi amaran bahawa belum ada kelulusan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Aktiviti penjualan Ivermectin secara tidak sah sedang berlaku dan pengguna yang mengambilnya tidak mengikut sukatan dos yang dibenarkan dan akhirnya mengakibatkan keracunan.

Antara kesan mudarat akibat pengambilan Ivermectin adalah muntah, cirit, sakit perut dan pening kepala.

Manakala kesan yang lebih teruk akibat pengambilan Ivermectin pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru dan kematian. Buat masa ini masih tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan melibatkan Ivermectin.

KKM menyeru orang ramai untuk mengelakkan pengambilan Ivermectiin untuk rawatan kendiri melibatkan Covid-19

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2021 02:15 PM | Show all posts
ha ha apa lah mereka ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 02:36 PM | Show all posts
ipes2 replied at 15-8-2021 01:15 PM
ha ha apa lah mereka ini

Tahu x pe...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ambik iverm percaya pulak hahah
kan da buat naya badan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 04:03 PM | Show all posts

buat masa sekarang ni, makin jelas ivermectin tidak membantu keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 04:08 PM | Show all posts
ipes2 replied at 15-8-2021 03:03 PM
buat masa sekarang ni, makin jelas ivermectin tidak membantu keadaan

Tu yg Persatuan Farmasi ada bersuara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061306 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list