CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6952|Reply: 33

[Tempatan] PAS cadang polisi ‘Sifar Pusat Judi dan Kelab Malam’

  [Copy link]
Post time 24-8-2021 05:31 PM | Show all posts |Read mode
PAS cadang polisi ‘Sifar Pusat Judi dan Kelab Malam’



KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pahang perlu mengadakan polisi baharu ‘Sifar Pusat Judi dan Kelab Malam’ pasca-pandemik COVID-19, demikian cadangan dikemuka ADUN Beserah, Andansura Rabu.

Menurut beliau, penularan jangkitan COVID-19 yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan telah memberi rekod positif apabila statistik jenayah telah dapat diturunkan di negeri itu.

“Kerana aktiviti luar rumah selepas jam tertentu tidak dibenarkan. Pusat hiburan, kelab malam dan perjudian atau tempat-tempat berkumpul seperti ini ditutup. Tiada kes pecah rumah kerana orang berada di rumah masing-masing.

“Tiada lagi bergaduh disebabkan mabuk. Anak-anak juga tidak lagi keluar rumah dan mereka dapat dikawal ibu ayah,” ujarnya semasa membahas Titah Pemangku DiRaja pada Sidang DUN Pahang di Wisma di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini.

Menurut beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, para Ahli Dewan Negeri selaku pembuat dasar telah diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melakukan semula ‘reset‘ kehidupan ke arah lebih diredhai-Nya.

Dicelah beberapa ADUN untuk pusat judi dan kasino di Genting Highlands ditutup, beliau bersetuju dengan perkara itu kerana sepanjang tempoh ini tidak ada sebarang masalah apabila ia tidak beroperasi.

Jelasnya, untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T mestilah mengikut perintah syariat-Nya kerana dengan duit banyak semata-mata tidak akan membawa kejayaan kepada kehidupan rakyat dan kemakmuran negeri.

Andansura turut menyentuh mengenai perlunya merangka perancangan yang selari dengan perubahan dan semangat sosiologi dan psikososial rakyat setelah lebih dua tahun melalui kesan pandemik.

“Sebagai pihak yang diberi amanah (kepimpinan), perlulah kita merangka pelan tindakan komprehensif dan strategik untuk kelangsungan kehidupan. Selepas ini kita akan melangkah ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN)

“Awasan atau kewaspadaan sebelum melangkah ke fasa berikutnya perlu lihat kesiapsiagaan kita untuk memastikan kes jangkitan tidak lagi menular selepas itu,” ujar beliau melihat 42 peratus populasi dewasa yang sudah divaksin di negeri itu masih rendah.

Persediaan itu katanya, amat penting bagi membolehkan semua sektor dibenarkan beroperasi nanti dapat bergerak sepenuhnya, sekali gus menuntut bekalan vaksin secukupnya segera diperolehi dan diutamakan yang telah mendaftar.

Beliau dalam perbahasannya turut memberi perhatian kepada isu sumber tenaga manusia yang masih gagal dipenuhi sebaiknya di sebalik pelaburan masuk sebanyak RM6.8 bilion diterima negeri Pahang.

Mengambil contoh satu tawaran kerja di Gabeng yang dibuka bagi 3,000 kekosongan, namun ianya hanya dapat dipenuhi oleh 10 individu kerana permohonan lain tidak mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran dikehendaki.

Oleh itu, beliau berharap agar satu usaha melibatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdapat di negeri itu dapat diadakan ke arah memenuhi keperluan tenaga kerja mahir diperlukan para pelabur di negeri itu.

Keprihatinan beliau turut disuarakannya mengenai isu penduduk di Kampung Chendor, Beserah yang telah menduduki di situ sejak 40 tahun lalu, namun permohonan tanah mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Sebaliknya tanah tersebut telah diserahkan kepada satu agensi dan beliau berharap demi kebajikan para penduduk berkenaan ianya diselesaikan dengan kerajaan negeri bertindak sebagai pemudah cara kepada kedua-dua pihak. – HARAKAHDAILY 24/8/2021

Single Polls, Total 19 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2021 05:32 PM | Show all posts
yang ni bangkem setuju

sepanjang PKP ni, takde pon sesiapa yang mati sebab dah lama tak kelabing
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg baik aku sokom jah.aku lebih tertarik dgn nama beliau.klasik angat2
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
menggelupur lerrr bam popo lepas ni sampai terpaksa buat disko sendiri kat valai
termasuk kawan2 iol yang entah bila nak tobat nasuha tu
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas taliban berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cadangan yg baik dari PAS.
Benda2 yg takde faedah ni elokla tutup.

Hidop ! PAS..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pas pun dah kerajaan dan dlm kabinet , boleh dah nak buat, kalau berani la
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 01:58 AM | Show all posts
Redskin replied at 24-8-2021 11:19 PM
Cadangan yg baik dari PAS.
Benda2 yg takde faedah ni elokla tutup.

pas taliban ni sama peelnya, asal dia tak boleh buat, yakni kesan dari kepercayaan yg dipengaruhi tabiat minum air kencing unta, habis semua orang lain pun tak boleh.
tanpa sebarang kemampuan menyumbang kepada tamadun manusia, puak2 perasan berilusi kunun istimewa wakil tuhan ummah suci terpilih kesyorga, (tanpa sekumit bukti yg nyata, yakni semata2 purcaya apa yg keluar dari mulut pak ereb), dgn bangganya ingat semua orang kagum dgn kebodohan mereka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa patutnya kita fokus apa yg boleh kita buat . Tak payah la kita cita2 sesiatu yg kita sendiri pun tahu ianya tak mungkin terjadi sebab dalam Islam , dalam agama kita sendiri pun dah gariskan biarlah mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita . Kalau bab2 arak ini yg boleh kita hadkan adalah dengan menghadkan tempat jualannya dan lebih lagi kalau ditempat2 mabok , mungkin kita boleh syaratkan sekiranya mereka mabok mereka tidak boleh memandu nalik dan sekiranya mereka berbuat juga , maka tindakan lebih keras boleh diambil antara lesen mereka akan ditarik balik ..  tidak kira samada terjadi kemalangan atau tidak .
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 04:25 PM | Show all posts
Ni jelah lobai2 mampu jual dari dulu smpai sekarang. Padahal dh jadi sebahagian kerajaan sejak 17bulan lepas, jangan nak kata sifar pusat judi, cabutan khas judi pon makin mencanak! Tukar lah modal politik kau ni, xlaku dah zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 04:32 PM | Show all posts
Rokok yg terang-terang haram "krik krik krik" je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sifar deforestation laa eii
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 25-8-2021 06:22 PM

kalu oghe kapir nak bjudi nak bjoget biarlah, yg tu hak dieorg, ni habis bantai nak tutup semue, kite ade boundary masing2, kapir nak cikcur ke ape jgnlah kacau ,kite yg melayu nak semayang nak beribadat pi la masjid, bg pilihan utk semue rakyat bbilang bangsa dan agama. Sape nak buat dosa ade tempat dia siape yg beriman ade tempat dia, xpyh kacau sape2 tp yg penting good education beritau ape boleh ape yg x boleh.. alang2 mcm tu baik tukar malaysia jd afghanistan terus, biar rakyat msia mencicit lari kejar kpl terbang amerika pulak sampai jatuh2 dr langit kauuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
so solusinya ? genting, magnum, sport toto jd apa pasni?nk mencadang boleh, tp ko nk ckp ape ngan pewaris lim goh tong. ada cadangan nk tukar kasino tu jd ape2?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju tapi dah buat baru nak percaya.
Takut sembang ja
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jelasnya, untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T mestilah mengikut perintah syariat-Nya kerana dengan duit banyak semata-mata tidak akan membawa kejayaan kepada kehidupan rakyat dan kemakmuran negeri.

X payah jual agama sangatla ... 17 bulan dlm gomen. Berapa kali langgar SOP?
Akhlak sendiri pun kureng..

Maaf. PAS is so kensel di mata pengundi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 11:08 PM | Show all posts
kedai mamak pun aku setuju  bukak sampai pkl 10 pm jah..x payah la nak melepak bagai sampai pkul 2 3 pagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 08:10 AM | Show all posts
semoga berjaya!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai cuma mampu sembang babi terbang je kan..

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
2 tahun lobai Pas berkuasa, yg.ada cabutan khas  judi no.ekor mencanak naik jadi 22kali.setahun. Zaman DAP cuma 8 kali je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.174154 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list