CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1233|Reply: 1

Adam sedia manfaat peluang di Silverstone

[Copy link]
Post time 28-8-2021 07:50 AM | Show all posts |Read mode
PELUMBA berbakat negara, Adam Norrodin dilihat enggan mensia-siakan peluang terhidang ketika dipanggil untuk membuat kemunculan semula dalam perlumbaan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) hujung minggu ini.

Adam yang kini bersaing di perlumbaan CEV Moto2 me-ngakui sangat teruja kembali ke Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing untuk menggantikan tempat Jake Dixon yang ke kelas Perdana bersama Petronas Sepang Racing Team (SRT).

Ini bukan kali pertama Adam beraksi di MotoGP kerana pada musim 2019 dia pernah beraksi beberapa pusingan perlumbaan selepas menggantikan tempat Khairul Idham Pawi dalam kelas Moto2.

“Sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata perasaan saya apabila dapat beraksi kembali di Kejohanan Motosikal Dunia. Soal sasaran susah saya nak kata ke-rana perlumbaan sudahpun berjalan dah lebih setengah musim.

“Saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku apabila saya ‘melompat’ ke Moto2, namun saya akan tengok pada hari pertama latihan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya baru-baru ini.

Penunggang berusia 23 tahun itu, yang kini bertanding pada Kejohanan CEV FIM dan berada di tangga kelima dalam kedudukan keseluruhan Moto2 setelah meraih tiga podium, akan menjadi pengganti Dixon di Litar Silverstone.

Pelumba Britain itu mengosongkan tempatnya susulan dinaikkan ke kelas perdana bersama pasukan SRT bagi menggantikan Cal Crutchlow, yang dipanggil bagi menggantikan Maverick Vinales dalam pasukan Yamaha.

“Pada 2019 saya menggantikan Khairul Idham dalam enam perlumbaan. Banyak yang saya belajar. Masa saya menggantikannya, saya kurang bersedia terutama fizikal dan pengalaman di Moto2.

“Saya dah dua tahun berada di Kejuaraan Sepanyol untuk memahami jentera Moto2. Sudah tentu ia tidak sama di CEV yang menggunakan enjin Honda, manakala di Kejuaraan Dunia pakai enjin Triumph.

“Bagaimanapun sekurang-kurangnya saya ada sedikit sebanyak asas untuk menunggang motosikal besar dan bersaing,” tambah Adam.

Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2021 07:50 AM | Show all posts

ADAM akan menggantikan tempat Dixon bagi saingan Moto2 pada perlumbaan GP British di Litar Silverstone hujung minggu ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.112779 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list