CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2347|Reply: 17

Paralimpik Tokyo 2020: Isu teknikal, Ziyad terlepas pingat emas

[Copy link]
Post time 31-8-2021 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 31-8-2021 08:19 PM

Paralimpik Tokyo 2020: Isu teknikal, Ziyad terlepas pingat emasAstro Awani
Ogos 31, 2021 20:09 MYT



Ziyad terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan atas faktor teknikal. - Gambar/ Bernama

ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan atas faktor teknikal.

Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan atas kemenangan Ziya

Astro ARENA pula melaporkan, protes itu membabitkan tiga atlet termasuk Ziyad yang dikatakan lambat masuk ke call room sebelum pertandingan

"Maka, penyertaan Ziyad dibatalkan. Kemenangan emas Ziyad dibatalkan serta-merta. Emas diraih atlet dari Ukraine Maksym Koval," lapor Astro ARENA.
Terahulu, Ziyad secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.

BERITA LANJUT MENYUSUL...





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dh tau msuk lambta, dorg benarkan ziyad teruskan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkini.. Dorang tengah buat rayuan. Semoga emas tetap milik Ziyad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 31-8-2021 08:22 PM
Kenapa dh tau msuk lambta, dorg benarkan ziyad teruskan?

Itulah pasal.
Kalau masuk lambat, pegawai mana yang handle?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji melayu. Lain kali jgn bawak perangai janji melayu ke tempat orang. Bab ni mmg aku x suka.
Tapi aku bangga dgn dia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sebab janji melayu ke jadah ke hape.. Kalau dia lambat masuk call room disqualify la awal2.. Emo plak mak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-8-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
[KEMASKINI] Pingat emas Ziyad ‘dirompak’ Ukraine

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
31 Ogos 2021, 8:24 pm

PETALING JAYA – Pingat emas Malaysia milik atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 didakwa telah dibatalkan atas masalah teknikal.

Difahamkan, delegasi Ukraine telah membuat protes kepada pihak penganjur kerana mendakwa Ziyad lambat memasuki call room dan meminta agar membatalkan kemenangannya sejurus berakhir aksi final acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Ia sekali gus menyaksikan kemenangan Ziyad dengan catatan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m) dibatalkan serta merta dan ia turut tertera perkataan ‘DNS’ (Did not start) dalam laman web rasmi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, wakil kontinjen negara juga dipercayai telah membuat bantahan semula terhadap pembatalan itu.

Bukan sahaja Ziyad, dua lagi atlet lain iaitu Todd Hodgetts (Australia) dan Congo Villalba Jordi Patricio (Ecuador) turut dibatalkan penyertaan mereka.

Jika mengikut kepada keputusan rasmi baharu di laman web berkenaan, pingat emas menjadi milik atlet Ukraine, Maksym Koval dengan catatan 17.34m, manakala perak dimenangi rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi (17.30m).

Pingat gangsa pula diberikan kepada atlet Greece, Efstratios Nikolaidis yang sebelum ini mengakhiri keputusan di tempat keempat berdasarkan keputusan awal. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni komplen plk kat mahkamah timbang tara sukan...biar jepun ni hilang kelayakan penganjuran sukan olimpik ka para ka....buat naya org je, patut diorg yg batalkan awal2 kalau betul dia langgar syarat pertandingan ke apa... Ni diorg pun mcm x alert...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri belia dan sukan mana... Buat sesuatu aku nak tengok!!!! Dapatkan balik kemenangan tu. Pecah rekod lagi tuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
KSU Kementerian Belia dan Sukan bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap 3 negara amat lemah. Ketiga-tiga negara sedang protes. Doakan.

Faizal Uzumu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
punca lambat?? Awat tadak sapa nk cheritha
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya kesian dia terlepas pingat emas kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 31-8-2021 08:55 PM
KSU Kementerian Belia dan Sukan bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap 3 negara ama ...

Apa maksud sangat lemah? Takde proof ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 01:08 PM | Show all posts
PARALIMPIK: Rayuan Ziyad ditolak

Oleh Helmi Talkah - September 1, 2021 @ 11:27am
[email protected]

KUALA LUMPUR: Olahraga Para Dunia menolak rayuan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli untuk membatalkan keputusan final lontar peluru F20 pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Ziyad terlepas pingat emas acara berkenaan dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya berkenaan berakhir.

Olahraga Para Dunia dalam satu kenyataan, hari ini, berkata keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan Ziyad bersama atlet Ecuador dan Australia itu diputuskan oleh juri rayuan badan induk itu.

"Keputusan ini berdasarkan Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia - 'Gagal melaporkan diri ke Call Room' (bilik panggilan) yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke 'Call Room' pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

"Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room.

"Selepas mempertimbangkan bukti itu, pengadil memutuskan bahawa tidak ada alasan yang tepat untuk kegagalan atlet melaporkan diri ke Call Room tepat pada waktunya.

"Atlet mengemukakan keputusan ini kepada juri rayuan, yang memberi peluang kepada pasukan untuk menyampaikan semua maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan akhir. Juri rayuan mempertahankan keputusan pengadil dan mengesahkan keputusan atlet terbabit sebagai DNS," katanya.

Kejayaan Ziyad meraih emas dan memecahkan rekod dunia, semalam 'dirompak' susulan protes yang dilakukan kem Ukraine.

Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Bagaimanapun, kem Malaysia bersama Ecuador dan Australia melakukan protes semula dan membawanya pada mesyuarat ketua-ketua kontinjen, hari ini.

Terdahulu, pada aksi di Stadium Olimpik Tokyo, Ziyad mencetuskan kegembiraan buat kontinjen negara apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes, berjaya meraih emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.

Gangsa dimiliki atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 01:09 PM | Show all posts
Ziyad juara sebenar, pingat emas dirampas: Azizulhasni
| | 01 September 2021

Muhammad Ziyad Zolkefli

KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia tahu, atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli ialah juara sebenar dalam acara lontar peluru, dan pingat emasnya telah dirampas terang-terangan.

Demikian ulas jaguh berbasikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang, yang menasihati Muhammad Ziyad, walaupun ia pahit untuk ditelan, ketentuan Qada dan Qadar Allah perlu diterima.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... irampas-Azizulhasni
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ziyad lewat tiga minit, alasan tidak kukuh
September 2, 2021 @ 11:43am

Ziyad lewat tiga minit, alasan tidak kukuh
Atlet Ukraine Maksym Koval diisytiharkan pemenang pingat emas selepas kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli dibatalkan. - Foto AGENSI
TOKYO: Lewat tiga minit menjadi punca atlet lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli terlepas pingat emas dan rekod dunia di Paralimpik Tokyo.

Pelbagai versi punca kelewatan dilaporkan sebelum ini, antaranya lewat dua minit kerana menelefon ibu, kesesakan ke bilik menunggu dan hujan lebat, namun ia bukan alasan yang diberikan dalam rayuan.


Menurut jurucakap Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Craig Spence, rayuan Ziyad dan dua atlet lagi - Jordi Patricio Congo Villalba (Ecuador) dan Todd Hodgetts (Australia) - ditolak kerana alasan diberikan terlalu lemah.

Alasan mereka ialah tidak mendengar pengumuman atau ia dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Bagi Spence, keputusan dibuat IPC adalah wajar dan tidak terlalu keras.

"Tiga atlet itu tiba tiga minit lewat. Orang lain tiba lima minit lebih awal. Jadi ia bukan satu hukuman yang keras," kata Spence.

Ziyad merangkul emas dengan selepas dua kali memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter, tetapi dibatalkan berikutan bantahan Ukraine kerana lewat masuk ke bilik menunggu.

Atlet Ukraine Maksym Koval diisytiharkan pemenang pingat emas. - AGENSI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
PARALIMPIK: Siapa perlu bertanggungjawab Ziyad hilang RM1.12 juta?

Oleh Helmi Talkah
September 2, 2021 @ 10:12am
[email protected]

KUALA LUMPUR: Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan di sebalik insiden pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ditarik balik pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kelmarin?

Kelewatan juara bertahan itu memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan yang menjadi punca kemenangannya dibatalkan, adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku dan sukar diterima.

Malah, dek kerana kecuaian itu bukan sahaja Ziyad dan kontinjen negara hilang emas, tetapi lebih malang Ziyad terlepas ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik selain RM20,000 kerana berjaya memecahkan rekod dunia dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.

Jaguh negara berusia 31 tahun itu juga hilang statusnya sebagai pemegang rekod dunia.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang pernah menjadi ketua kontinjen di Paralimpik London 2012 dan Sukan Asia Guangzhou 2018 mengakui insiden itu tidak masuk akal kerana ini bukan pertama kali kontinjen negara bertanding di Paralimpik.

"Ada empat peringkat yang akan memastikan setiap urusan atlet negara di mana-mana temasya berjalan lancar bermula daripada ketua kontinjen, pegawai urusetia, pengurus pasukan dan jurulatih.

"Ketua kontinjen dan pegawai urusetia menguruskan hal kontinjen secara keseluruhannya manakala setiap sukan pula ada pengurus dan jurulatih.

"Jadi, bagaimana perkara ini (lewat memasuki bilik menunggu) masih boleh berlaku? Ini yang perlu diberikan penjelasan, mengapa boleh lewat dan siapa yang perlu bertanggungjawab. Lagipun, ini bukan kali pertama kita bertanding di Paralimpik," katanya kepada BH Sukan.

Terdahulu, emas dan rekod dunia yang dilakukan Ziyad ditarik balik selepas protes yang dilakukan kem Ukraine yang mendakwa dia bersama dua lagi atlet Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Walaupun kontinjen Malaysia mengemukakan rayuan namun ia ditolak oleh Juri Rayuan Olahraga Para Dunia berdasarkan Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia - 'Gagal melaporkan diri ke bilik menunggu yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke bilik menunggu pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual bilik menunggu, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Berdasarkan peraturan itu juga, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke bilik menunggu.

Zolkples berkata, insiden itu juga seharusnya menjadi pengajaran berguna buat semua atlet negara tidak kira atlet normal mahupun atlet kurang upaya.

"Jangan ambil mudah perkara sebegini walaupun pun sudah mahir dengan peraturan dan selok belok kawasan pertandingan. Bila-bila masa boleh berlaku kesilapan sekiranya kita lalai dan ianya amat merugikan. Sesal kemudian tidak ada gunanya. Lepas itu kita salahkan orang lain pula akibat dari kesilapan kita sendiri," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam menjelaskan kelewatan didakwa berlaku selepas ketiga-tiga atlet masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke bilik menunggu tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.

"Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan berkenaan yang agak padat dengan atlet-atlet dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlet terbabit telah terhalang untuk memasuki bilik menunggu dan pada ketika itulah mereka didakwa lewat melaporkan diri.

"Terdapat bantahan lisan oleh pegawai dari Ukraine pada ketika itu bahawa ketiga-tiga atlet berkenaan sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke bilik menunggu. Selepas merayu supaya dibenarkan masuk, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat ( under protest ) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 1.094280 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list