Paralimpik Tokyo 2020: Meskipun cedera, Latiff terus 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga negara
Nickyson Nyambar
September 4, 2021 19:05 MYT
Jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly menghadiahkan emas ketiga buat negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou dan jaguh powerlifting Bonnie Bunyau Gustin sebelum ini. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly menghadiahkan kilauan emas ketiga buat negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Atlet kelahiran Kangar, Perlis ini berjaya memukau dalam acara final lompat jauh (T20) yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo pada jam 6 petang waktu tempatan.
Pemenang pingat emas Rio 2016 itu sekali gus mencatatkan rekod terbaik dengan 7.45 meter (m) pada percubaan kedua.
Latif mempamerkan aksi cemerlang di awal persaingan apabila menduduki ranking pertama dengan rekod 7.26m, diikuti 7.45m (rekod terbaik) dan 7.24m.
Percubaan keempat beliau dibatalkan. Namun ia diteruskan dengan percubaan kelima dengan catatan 5.56m. Latiff bagaimanapun tidak dapat meneruskan lompatan terakhir selepas mengalami kecederaan pada lompatan kelima.
Pingat perak pula dimiliki Atlet dari Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan terbaik 7.17m. Manakala Nicholas Hum dari Australia memiliki pingat Gangsa dengan catatan 7.12m.
Nicholas Hum dengan catatan terbaik 7.12m. Manakala Athanasios Prodromou dari Greece memiliki pingat Gangsa dengan catatan 7.03m
Kanta Kokubo dari Jepun pula hampir berada di tangga tiga teratas dengan catatan 7.01m.
Untuk rekod, Latif adalah merupakan pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64m di Sukan Para Asia Jakarta 2018 dan 7.60m untuk rekod Paralimpik.
Terdahulu, atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas menang pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.
Ia sekali gus menyaksikan Liek Hou adalah pemenang emas sulung acara tersebut memandangkan ini adalah kali pertama badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik.
Manakala pingat emas pertama disumbangkan disumbangkan Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).
Post time 4-9-2021 08:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ekselen at 4-9-2021 08:33 PM
Alhamdulillah...tepati dah sasaran team para utk dpt 3 emas...
Dia ni muda lg 24 thn dah dpt 2 kali emas para... Pnjg lg perjalanan dia dlm sukan ni...harap2 akan menyinar lg utk masa2 akan dtg dan semoga dpt rawatan terbaik dr pegawai2 sukan msia...iols bangga betul ngan atlit2 para ni...kuat semangat diorg..
Post time 4-9-2021 08:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
makadek replied at 4-9-2021 08:32 PM
Kat mana ah nk tgk
Astro arena tadi pkul 8.20 camtu. Mesti ada ulangan punya lah mlm ni
Sblum acara tu mula, theyols sempat tanya kat coach samada abdul latif akan naik pentas utk amik medal since dia injured kan.. Coach pun xtau sbb x sempat communicate.. Cuma coach tu ckp tadi dia injured mmg menahan sakit smpai kluar air mata
Tadi tgk abdul latif nyanyi negaraku mengalir air mata.. Mesti bangga campur tahan sakit tu. Kuat semangat btol atlet para kita ni.. Bangga kan uolss
Tadi masa upacara kalungan pingat, Munah dan mak Munah memang menangis bangga. Latif dah buat yang terbaik! Semoga dia cepat sembuh. Paris 2024.. here we come!