CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1366|Reply: 1

Adam akui kecewa gagal tamatkan perlumbaan

[Copy link]
Post time 5-9-2021 06:57 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Adam Norrodin mengakui kecewa gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) British semalam dengan situasi yang bukan dimahukannya.

Dia yang menggantikan Jake Dixon dalam pasukan Petronas Sprinta Racing, mengalami masalah arm pump (di bahagian tangan) yang menyebabkannya gagal mengawal jentera dengan baik sehingga memaksanya bertahan sehingga ke pusingan keenam sahaja.

"Ini adalah kali pertama saya gagal menamatkan perlumbaan dan ia adalah adalah keputusan yang sukar untuk menamatkan perlumbaan hari ini (semalam).

"Saya bergelut dengan masalah arm pump dan ia bermakna saya tidak boleh menggenggam dengan baik. Saya merasakannya di hampir setiap pusingan dan cuba memberikan yang terbaik tetapi di selekoh terakhir, saya gagal menggunakan brek dengan sebaik-baiknya.

"Pada saat itu, saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan perlumbaan kerana ia pasti lebih berbahaya kepada barisan pelumba lain," katanya.

Adam bagaimanapun berkata, banyak pengalaman yang diraih sepanjang minggu lalu selepas memperoleh peluang berharga dapat kembali beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia.

"Banyak yang dipelajari pada minggu ini dan sangat hebat dapat kembali beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia. Terima kasih kepada pasukan atas segala sokongan yang mereka berikan," katanya.

Sementara itu seorang lagi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21 meskipun berlumba dalam kesakitan kerana mengalami sakit belakang. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2021 07:00 AM | Show all posts

ADAM hanya mampu bertahan enam pusingan kerana masalah arm pump. FOTO Petronas SRT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047631 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list