Paris: Valtteri Bottas menandatangani kontrak dua tahun bersama Alfa Romeo bermula musim depan, umum pasukan Formula Satu (F1) hari ini, sekali gus memberi gambaran bahawa George Russell hampir pasti menyertai Lewis Hamilton di Mercedes.
"Babak baharu dalam karier perlumbaan saya bermula. Saya begitu teruja menyertai Alfa Romeo Racing pada 2022 dan tahun seterusnya sekali gus ia akan menjadi cabaran baharu bersama pengeluar ikonik terbabit." kata Bottas dalam satu kenyataan. - HMetro