CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1134|Reply: 2

Jijoe sebak, terharu kena belanja

[Copy link]
Post time 7-9-2021 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan dia sebak apabila ada sekumpulan pemuda tidak dikenali membelanjanya makan kerana mahu membalas pengorbanannya kepada negara.

Pemenang pingat perak acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu dipercayai dalam perjalanan ke Proton City di Perak untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Tokoh Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam.

"Saya berhenti makan di suatu tempat, saja pilih kedai yang tak ada orang sebab nak privasi sikit. Tiba-tiba datang satu kumpulan lelaki dalam lima orang datang makan di kedai yang sama. Guess what, dia orang cam saya. Dia orang tegur tanya nama dan sudah tentu saya balas secara baik seperti kebiasaan.

"Dah selesai makan nak pergi bayar, salah seorang daripada pemuda tadi tahan dan nak bayar apa yang saya makan. Saya menolak tapi pemuda itu masih bertegas juga dan minta sangat-sangat dapat belanja untuk membalas pengorbanan saya untuk negara.

"Perghhh sebak sebentar kat situ. Saya pun dengan rela hati bagi dia bayar dan mengucapkan terima kasih," tulisnya dalam Insta Story terbaharu.

Selain perak di Tokyo, Azizul juga meraih pingat gangsa pada temasya Rio 2016 sebelum muncul juara dunia keirin di Hong Kong setahun kemudian. Dia juga bergelar juara Asia sebanyak 10 kali.

Banyak aktiviti dilakukan Azizul, 33, sebelum pulang ke Melbourne, Australia bagi menemui semula isteri dan dua anaknya yang ditinggalkan sejak 5 Jun lalu.

Selain bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta melawat Hospital Tunku Azizah semalam, dia turut sempat berkayuh santai di Dataran Merdeka hujung minggu lalu.

"Saya anak Malaysia. Sebelum balik Australia ke pangkuan keluarga, saya berkesempatan mencuri masa untuk melihat Kuala Lumpur bersama rakan di sini @fizoomar, @qobin_mokhtar, @4nuarmanan86, @myfarahme, @furynaazmeer dan @mr.wanss.

"Kami berkayuh bermula dari Dataran Merdeka, kami pusing-pusing bandar Kuala Lumpur, lepas tu naik ke Bukit Tunku, Mayor Hills tapi sempat berhenti mengopi sebentar di Publika sebelum sambung ke Dataran Merdeka balik. Alhamdulillah, dapat melepas rindu sebelum saya mengucapkan selamat tinggal kepada negara Malaysia tercinta." - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2021 08:15 PM | Show all posts

AZIZUL (baju kuning) bersama rakan berkayuh santai di sekitar Kuala Lumpur Ahad lalu. Foto Instagram azizulhasniawang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertuahnya bdn.alhamdulillah....rezeki tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.529570 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list