View: 2007|Reply: 4
|
Ini Adalah Ritual Kematian Kaum Yanomami
[Copy link]
|
|
Makan Mayat Ahli Puak Yang Sudah Mati, Ini Adalah Ritual Kematian Kaum Yanomami
Puak Yanomami merupakan suku kaum asli yang tinggal di kawasan hutan Amazon. Etnik ini mempunyai seramai 35,000 orang ahli dan tinggal di 200-250 perkampungan di hutan hujan terbabit.
Sepertimana kaum-kaum lain di seluruh dunia, puak Yanomami mempunyai budaya tradisi yang tersendiri lebih-lebih lagi dengan hal yang berkaitan kematian.
Puak Yanomami mengamalkan ritual kematian tradisional yang digelar ritual endokanibalisme. Upacara ini mempunyai perbezaan dengan gaya hidup kanibalisme. Endokanibalisme merupakan perlakuan di mana penganutnya akan memakan anggota kumpulan yang datang daripada kumpulan sosial yang sama. Kanibalisme pula ialah satu perbuatan memakan mereka yang datang daripada spesies yang sama.
Bagi etnik Yanomami, mereka mengamalkan endokanibalisme kerana mereka tidak mempercayai bahawa kematian adalah sesuatu yang semula jadi. Sebaliknya, mereka beranggapan kematian berlaku kerana bomoh puak musuh telah menghantar semangat jahat untuk menganggu seseorang di dalam suku kaum berkenaan.
Suku kaum Yanomami beranggapan bahawa pembakaran mayat adalah cara yang paling baik untuk menyemadikan mayat. Mereka menolak perbuatan pengebumian kerana mereka merasakan sesuatu jasad mengambil masa yang terlalu lama untuk mereput.
Sebagai sebahagian daripada ritual kematian kaum, etnik Yanomami akan membalut mayat dengan daun sebelum membiarkannya dimakan serangga selama 30 sehingga 45 hari. Usai proses itu, tulang temulang jasad akan dikumpulkan, dikisar sehingga menjadi serbuk dan dicampurkan ke dalam sup pisang untuk dijadikan santapan masyarakat mereka dan harus dihabiskan pada hari ia dimasak.
Walau bagaimanapun, pengecualian terhadap penghabisan makanan bercampur abu mayat ini dibenarkan sekiranya terdapat kejadian di mana si mati terkorban akibat diserang musuh.
Abu mayatnya masih perlu dimakan, cuma ia hanya dilakukan oleh kaum wanita pada waktu malam sahaja. Selain itu, abu mayat mereka yang sudah meninggal dibunuh musuh boleh dimakan hanya selepas kematian mereka dibela oleh ahli keluarga. Hal ini kerana Puak Yanomami percaya roh si mati yang terkorban di tangan musuh tidak akan menemui ketenangan sekiranya perkara ini tidak dilakukan terlebih dahulu.
Sumber:
Seven ponds
Sumber:https://iamlejen.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamak, spotted something |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 9-9-2021 09:23 AM
nampak apa?
Tercemar nanti penglihatan kaka tinot dengan burung berkicauan |
|
|
|
|
|
|
|
lorr... tuh ka yg hang nampak.. iols tak prasan pun...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|