View: 3650|Reply: 9
|
Ini Kisah Kebangkitan Semula Starbucks Selepas Hampir Muflis Pada 2008
[Copy link]
|
|
Ini Kisah Kebangkitan Semula Starbucks Selepas Hampir Muflis Pada 2008
Meskipun ia merupakan salah satu jenama yang menjadi kegemaran para peminat kopi pada masa kini, Starbucks pernah dilanda krisis kewangan pada tahun 2007/2008 sehingga hampir diisytiharkan bankrap.
Selepas saham syarikat jatuh merudum pada tahun 2008, Starbucks membuat keputusan untuk memberhentikan 6,700 pekerja dan terpaksa menutup ratusan cawangan Starbucks.
Howard Schultz yang menggantikan Jim Donald sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks pada 2008 berjaya menemui tiga masalah yang dihadapi oleh Starbucks sehingga saham syarikat jatuh merudum sehingga 28 peratus:
1. Terlalu pentingkan birokrasi daripada pelanggan
2. Starbucks salahkan keadaan ekonomi dan kenaikan harga susu untuk menaikkan harga kopi
3. Starbucks terima persaingan dari McDonald’s yang telah memasuki perniagaan membuat kopi
Howard Schultz
Howard mengambil inisiatif dengan mengirim surat kepada para pekerja dan menegaskan kepentingan Starbucks untuk mengalihkan fokus mereka dari birokrasi kepada para pelanggan.
Selain itu, Howard turut melancarkan kempen My Starbucks Idea untuk membuang dinding yang memisahkan Starbucks dan para pelanggan.
Starbucks turut meraikan perbezaan pendapat dengan saling bertukar idea antara para pelanggan dan pihak syarikat. Para pelanggan boleh kongsikan pendapat mereka mengenai Starbucks termasuk produk, perkhidmatan, susun atur kedai, iklan dan muzik di dalam kedai.
Selain itu, Starbucks telah mengurangkan iklan yang berasaskan produk dan lebih memberi tumpuan dalam membina hubungan antara syarikat dan pelanggan. Dengan inisiatif Howard, impression terhadap Starbucks juga telah meningkat kepada 5.5 juta per bulan.
Sementara itu, Starbucks pernah terpalit dalam sebuah kontroversi beberapa tahun lalu selepas ia dikaitkan dengan menggunakan keuntungan mereka untuk membiayai tentera Israel.
Dengan bantuan media sosial, Starbucks bagaimanapun berjaya keluar daripada masalah tersebut dengan membina mesej yang kuat bahawa ia merupakan sebuah organisasi yang cintakan kedamaian.
Sumber:
The Vocket, Business Insider
|
|
|
|
|
|
|
|
wahh... i see.. hmm sedap kopi depa tapi harga nauzubillah kalau hari hari minum |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ke weh x pernah beli. penah ada org belanja beberapa thn lps entah la rasa biasa je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 15-9-2021 09:19 PM
jgn judge sekali beli
ada byk jenis
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 15-9-2021 09:20 PM
SB ni ikut barista yg buat tu jugak emm harga affordablespecial promo selalu ada
persaingan pun dah byk
i tukar2 jugak...mc cafe, coffe bean & SF
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe ils bukan penggemar jenis kopi maka kalau try yg husband/adik beradik punya pun hmmm iols masih x rasa suka. sori penggemar kopi. nk buat mcmna dh mmg lidah ni x reti beza chuols iols suka teh boh je
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 19-9-2021 07:20 PM
Lorr ckplah tak suka coffee..ingatkan yg u minum tu teruk sgt rasanya.
Ooh
|
|
|
|
|
|
|
|
ala maafkan saiya hihi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Meiizu at 20-9-2021 04:29 PM
Teh ais beng
Teh ais vanila
Semua sedap sis..harga rm3 to rm7 je hehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|