CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 4

Angkara ubat tahan sakit

[Copy link]
Post time 12-9-2021 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas angkat berat Sukan Komanwel Gold Coast, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad mengakui silapnya apabila dia diuji positif bahan terlarang anabolic steroid.

Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Azroy atau lebih dikenali dengan panggilan Wafie itu berkata, dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan yakin bahawa qada dan qadar daripada Allah SWT.

Biarpun kejadian itu begitu memeritkan dan memberikan tekanan ketika dia diletakkan harapan sebagai penyandang emas di Komanwel tahun depan, Wafie berkata dia bertekad untuk kembali bangkit selepas ini.

"Saya mengaku salah saya kerana tidak rujuk kepada ISN (Institut Sukan Negara) berhubung pengambilan ubat. Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Rezeki kita ini, kita tak tahu. Saya tak salahkan siapa-siapa. Ini salah saya sendiri," katanya.

Wafie mengakui bahawa dia mengambil ubat tahan sakit yang berada dalam simpanannya sejak 2019. Ia bagi tujuan mengurangkan rasa sakit di bahagian lututnya yang dialami sejak empat tahun lalu.

"Saya terpaksa menggunakan cara saya sendiri apabila doktor yang merawat di ISN kata saya perlu berehat lama tapi PABM (Persatuan Angkat Berat Malaysia) dan MSN (Majlis Sukan Negara) mahukan 'result'.

"Jadi saya ambil ubat tahan sakit itu untuk kurangkan rasa sakit di bahagian lutut saya ini bagi membolehkan saya berlatih," katanya.

Selain Wafie, seorang lagi atlet angkat berat yang difahamkan berasal dari Terengganu turut didapati positif doping. Mereka dilaporkan sudahpun menghantar surat kepada Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) dan kini sedang menunggu proses pendengaran yang dijangka berlangsung minggu depan.

Jika disabit kesalahan, mereka bakal dikenakan hukuman penggantungan maksimum empat tahun. Untuk rekod, PABM pada 2018 mengenakan hukuman penggantungan selama tiga tahun kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Mohd Hafifi Mansor serta penggantungan empat tahun kepada Mohamad Fazrul Azrie Mohdad, Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhammad Zaidi Nordin dan Ronny Jesus kerana positif doping. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2021 07:46 AM | Show all posts

AZROY harapan raih emas di Sukan Komanwel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 07:47 AM | Show all posts
"Saya terpaksa menggunakan cara saya sendiri apabila doktor yang merawat di ISN kata saya perlu berehat lama tapi PABM (Persatuan Angkat Berat Malaysia) dan MSN (Majlis Sukan Negara) mahukan 'result'.


gantung pihak pengurusan tak pandai jaga atlet....dh berapa ramai sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 10:59 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 12-9-2021 07:47 AM
gantung pihak pengurusan tak pandai jaga atlet....dh berapa ramai sangkut

Agreed. Apekemenda kwn tu sakit dok tekan passl results pesen results orientated kita ni dr budak2 sekolah,atlet etc smpi hilang compassion kt individu tu sendri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 12-9-2021 10:59 AM
Agreed. Apekemenda kwn tu sakit dok tekan passl results pesen results orientated kita ni dr b ...

Setuju.pastu cr pelapis ramai skt.x de la tekan org tu jgk walaupun sakit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.593639 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list