View: 1629|Reply: 1
|
Verstappen, Hamilton terkeluar dari perlumbaan GP Itali
[Copy link]
|
|
JENTERA Verstappen berada di atas jentera Hamilton menyebabkan kedua-duanya tersingkir dari saingan GP Itali. FOTO EPA
Monza: Max Verstappen dan Lewis Hamilton tersingkir dari perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Itali akibat pelanggaran sesama sendiri di pertengahan perlumbaan.
Penyandang juara, Hamilton dan pendahulu keseluruhan musim ini, Verstappen berlanggar ketika pelumba Britain itu ingin memasuki semula Litar Monza selepas keluar dari hentian pit.
Verstappen dari Red Bull cuba untuk memintas Hamilton ketika pelumba Mercedes itu melakukan hentian pit.
Bagaimanapun, kedua-dua pelumba itu bergesel menyebabkan tayar belakang jentera Verstappen terkena badan kereta Hamilton.
Ia menyebabkan jentera Verstappen berada di atas jentera Hamilton sebelum kedua-duanya terkeluar dari litar.
Insiden berkenaan menghalang Hamilton untuk meraih kejuaraan GP buat kali ke-100 dan kekal lima mata di belakang Verstappen bagi kedudukan keseluruhan. - HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
rugi betul |
|
|
|
|
|
|
| |
|