View: 1600|Reply: 1
|
'Saya bernasib baik' - Hamilton
[Copy link]
|
|
Monza: "Jujur, saya berasa sangat bernasib baik. Mujur ada pelindung. Ia menyelamatkan saya." kata pemandu pasukan Formula Satu (F1) Mercedes, Lewis Hamilton.
Pelumba Britain itu berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan bersama pencabar kejuaraan F1 yang juga pemandu Red Bull, Max Verstappen pada perlumbaan di Grand Prix Itali, semalam.
Menurut juara dunia itu, dia tidak pernah dilanggar pada bahagian kepala oleh kereta sebelum ini dan ia satu kejutan buatnya.
"Jika anda melihat gambar itu, kepala saya agak jauh ke depan. Saya sudah berlumba untuk tempoh yang lama dan saya sangat bersyukur masih ada di sini." kata Hamilton.
Dalam insiden itu, kedua-dua pelumba itu bergesel menyebabkan tayar belakang jentera Verstappen terkena badan kereta Hamilton.
Ia menyebabkan jentera Verstappen berada di atas jentera Hamilton sebelum kedua-duanya terkeluar dari litar.
Insiden berkenaan menghalang Hamilton untuk meraih kejuaraan GP buat kali ke-100 dan kekal lima mata di belakang Verstappen bagi kedudukan keseluruhan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan kereta Verstappen (kanan) Hamilton ketika di Grand Prix Itali. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|