|
Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Majlis (MPM) akan memberi ruang kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membuat penyelidikan kepada atlet paralimpik Malaysia dalam menuju Sukan Paralimpik Paris 2024.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan UiTM hari ini, tempoh tiga tahun sehingga 2024 ini mungkin tempoh yang sesuai untuk MPM bekerjasama menggunakan kepakaran yang ada di UiTM.
Ini secara tidak langsung bakal membantu atlet paralimpik negara mempertingkatkan lagi prestasi.
"Dengan prestasi kutipan tiga pingat emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik sebelum ini, diharap kerjasama yang akan dijalin dapat membantu kontinjen Paralimpik negara untuk berjaya membawa pulang lebih daripada tiga pingat emas di Paris nanti," katanya.
Terdahulu, pihak UiTM menganjurkan webinar yang menampilkan Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin dan juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Azizulhasni Awang.
Program webinar itu dianjurkan Pusat Sukan dengan kerjasama Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat UiTM dan ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube.
Dalam pada itu, Azizulhasni turut berkata, beliau akan memberi fokus untuk terus berlatih menuju ke Sukan Olimpik Paris di Melbourne.
Dua pelumba yang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis juga akan dipastikan untuk terus bersama beliau dalam usaha mencapai misi mendapat pingat emas pertama Sukan Olimpik untuk negara pada tahun 2024 nanti.
Dengan usia menganjak ke 36 di Paris nanti, Dato Azizul kini kembali fokus kepada latihan di Melbourne untuk mengekalkan prestasi beliau sebagai penampilan terakhir dalam pentas Sukan Olimpik. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|