CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 0

[Kedah] Kerja kilang untuk kumpul wang masuk UiTM

[Copy link]
Post time 16-9-2021 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Kerja kilang untuk kumpul wang masuk UiTM[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


NORDIN (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Farahiyah di rumahnya di Taman Lagenda, Padang Serai, Kulim, hari ini. FOTO IZAD THAQIF HASSAN



Kulim: Sejak berusia 10 tahun, dia sudah berdikari membantu keluarga dengan membuat kek sebelum menjualnya serta diletakkan di premis berhampiran rumah di Taman Lagenda, Padang Serai, dekat sini.

Itu pengorbanan dilakukan remaja perempuan, Nur Farahiyah Masyitah Norisam, 18, atau lebih dikenali sebagai Farahiyah bagi membantu keluarganya yang bukan sahaja dihimpit kemiskinan, malah ibu serta bapa, kakak dan adiknya menghidap penyakit kronik.

Anak kedua daripada enam beradik itu terpaksa menggalas tanggungjawab besar ketika usia remajanya, namun ia tidak menghalangnya daripada meneruskan pembelajaran sehingga ditawarkan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah dalam Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat.

Selepas mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang diminatinya itu, Farahiyah yang tidak mahu membebani kedua orang tuanya mengambil keputusan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang selama dua bulan bagi mengumpul wang untuk membayar yuran dan membeli barang keperluan ketika mendaftar masuk ke UiTM, Oktober depan.

Biarpun mengetahui wang dikumpul hasil kerja kilang itu hanya cukup untuk yuran dan membeli barang keperluan, dia enggan memikirkan lagi bagaimana mahu meneruskan kelangsungan hidup selepas itu kerana percaya kepada rezeki diberikan Tuhan sekiranya berusaha.

"Apa yang penting sekarang saya cuma mahu fokus kepada pembelajaran bakal dilalui di UiTM nanti kerana impian saya mahu melihat keluarga keluar daripada kesusahan hidup.

"Jika diikutkan, saya berat meninggalkan ibu dan bapa di rumah kerana masalah kesihatan dialami mereka, namun berharap adik dapat menjaga mereka," katanya yang bersyukur mendapat tawaran masuk ke UiTM Merbok kerana masih berada dalam negeri ini dan memudahkannya pulang sekiranya berlaku apa-apa kepada ahli keluarga.

Bapanya, Norisam Ghazali, 53, tergolong dalam Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kanan dimasukkan besi kerana terbabit dalam kemalangan pada 2013 ketika memandu van kilang.

Selain itu, Norisam turut mengalami penyakit jantung, darah tinggi, tiroid serta buah pinggang dan dia yang kini bekerja di premis kereta sewa tidak dapat mencari pendapatan kerana pandemik Covid-19.

Ibu Farahiyah, Haniza Omar, 40, pula menghidap kanser otak, kanser payudara dan kanser limfoma tahap empat, masalah tulang belakang dan pernah menjalani pembedahan membuang hempedu serta separuh hati akibat jangkitan kuman.

Selain itu, kakak Farahiyah yang kini berusia 21 tahun menghidap kanser payudara tahap dua serta talasemia dan adik perempuan berusia 15 tahun mengalami masalah jantung manakala dua adik lelaki berusia 14 dan 10 tahun serta adik bongsu perempuan berusia lapan tahun tiada masalah kesihatan.

Menurut Farahiyah, semua adik beradiknya memang diajar hidup berdikari sejak kecil kerana tahu kesusahan dialami keluarga mereka.

"Ketika masih bersekolah, saya memang tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran di rumah kerana sibuk membantu ibu membuat kek dan menjual serta menghantar ke kedai.

"Namun, saya akan memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar dalam kelas dan Alhamdulillah saya akhirnya dapat menjejakkan kaki ke universiti," katanya yang ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pengasas Pasukan Buru Amal Kulim, Nordin Abu Bakar, hari ini.

Ahli keluarga itu kini bergantung hidup dengan wang zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta elaun OKU dan sumbangan pihak masjid.





Disiarkan pada: September 16, 2021 @ 9:40pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047308 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list