|
Tular di media sosial milik atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli yang kini tampil dengan imej baru.
Foto yang dimuat naik di Instagramnya mengundang tanda tanya orang ramai mengenai kepala yang kini botak.
Kredit foto: IG Ziyad
Rata-rata bertanya sama ada tindakan Ziyad membotakkan kepalanya disebabkan bernazar.
Menjawab persoalan ramai itu, Ziyad menafikannya dan menjelaskan ia tiada kaitan dengan nazar, sebaliknya ia disebabkan cabaran jurulatihnya sendiri.
Katanya, jika berjaya membuat balingan mencecah 17.70, Ziyad bersama jurulatihnya akan membotakkan kepala kerana berjaya mencapai sasaran ditetapkan.
Ziyad juga menyatakan hasrat dan azam barunya untuk melakukan lebih baik bagi pertandingan akan datang dan tidak akan berputus asa.
Sumber: Murai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|