View: 1843|Reply: 1
|
FIA patut hukum Hamilton juga
[Copy link]
|
|
Monza: Prinsipal Red Bull, Christian Horner percaya Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) sepatutnya mengenakan hukuman yang adil ke atas pesaing gelaran dunia, Max Verstappen dan Lewis Hamilton selepas terbabit dengan kemalangan di Grand Prix Itali.
Kedua-dua pemandu itu sekali lagi terbabit dengan kemalangan minggu lalu di Monza dengan jentera Verstappen menghempap jentera Mercedes Hamilton.
Mereka berdua kemudian menyalahkan antara satu sama lain akibat kemalangan itu namun Vestappen akhirnya dipersalahkan dan dikenakan hukuman penalti tiga petak ke belakang pada GP Russia.
Horner berasakan FIA sepatutnya mengenakan hukuman yang sama ke atas Vestappan dan Hamilton.
"Ia adalah kemalangan yang mengejutkan tetapi kedua-dua pemandu pantas mengesahkan mereka berada dalam keadaan baik," kata Horner di kolumnya di laman web Red Bull.
"Saya masih percaya kedua-duanya bertanggungjawab dalam insiden itu dan sukar untuk menyalahkan satu pihak sahaja.
"Sekiranya FIA ingin membuat penjelasan, mereka boleh menjatuhkan hukuman yang sama kepada kedua-dua pemandu.
"Tetapi kesalahan itu dianggap lebih berpihak kepada Max dan kerana dia tidak menamatkan perlumbaan, satu-satunya pilihan adalah mengenakan hukuman penalti grid yang mana kami menerimanya." - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
INSIDEN kemalangan membabitkan jentera Verstappen (kanan) dan Hamilton. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|