View: 33985|Reply: 221
|
[UPDATE #220] Kejantanan Sajat makin menyerlah! Tunggu kebenaran nak pindah Aust
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 23-9-2021 11:02 PM
Sajat sudah ditahan
NUR Sajat.
Kuala Lumpur: Misteri 'kehilangan' usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.
Sumber memaklumkan Nur Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.
Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.
"Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.
"Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia," katanya memaklumkan Nur Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.
Menurutnya, Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.
"Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
"Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat," katanya.
Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.
"Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari," katanya.
Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.
"Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.
"Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya," katanya.
KRONOLOGI kes babitkan Sajjad.
Tunggu kebenaran nak pindah Australia
Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.
Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.
Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.
"Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.
"Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.
"Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok," katanya.
Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.
"Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok," katanya.
Skuad Khas Harian Metro sedang mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.
Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Jantannye muka bamjat walaupun diselubungi rambut kepok2 baju tali haluih merah menyala |
|
|
|
|
|
|
|
keras hati ko bamjat... netizen pun takyah la ugut2 bunuh2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sepandai2 tupai melompat.. ehh |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah cth duit bnyk tp hdup n hati x tenang.. |
|
|
|
|
|
|
|
cashlah khenzzz... sah2 ko masuk miss international queen (miss universe utk fonen) siap top 10 gitooh...guna nama nur sajat faris.. ada hati ngaku pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
semoga beliau peoleh hidayah, dan kembali kepada fitrah,
dunia ni sementara jer... |
|
|
|
|
|
|
|
dengan segala hormatnya dipersilakan....
ayah, Encik Kamaruzaman untuk memberikan sepatah dua kata.....
dan emak juga boleh laaa... kan aritu nak cili2 siapa kata sajat ni jantan kannn...
|
|
|
|
|
|
|
|
sedih tgk mak ayah dia ckp mcm tu. tp tulah, maybe sbnrnye deep down depa sedih. who knows kan. kesian gak depa 2 tu, dah tua kena hadap benda2 mcm ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kembar bw skali tak? Aritu sedih org duk kata kt anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu sengaja dia buat publisiti dia murtad kan
Supaya dapat ugutan bunuh
pastu, dapat la dia pakai tu untuk apply new life kat Ostrolia
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik ritu katanya duduk Jamaika with K
Ni tiba2 duduk bengkok
Nak pindah ostrolia tu nanti anak2 cemana lak
Kemain lagi buat Live sayu hiba pasal anak ritu |
|
|
|
|
|
|
|
Yay rasain loh. Tertangkap jua ponen ittew.
Btw motipppp dalam berita letak "waktu thailand", thailand tu sebelah malaysia je dekkkk, ada ke beza waktu thailand dengan malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
payah lerr nak amik tindakan sbb dia awal2 lagi dah apply perlindungan. kat luar sana banyak je support group yang sokong lgbt ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kenalan time sekolah dulu jadi asylum seeker dekat melbourne sebab dia transwoman. Melayu Muslim... taktau la apa agama sekarang. Study sana, transition sana, sekarang aman2 je ada career dekat sana. Very lgbtqia++ friendly kat oz itu. Lantaklah korang nak buat apa dengan hidup korang... |
|
|
|
|
|
|
|
so yg dia kata ada kat danga bay tu propa je la kan
dasar bapuk |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi la sana sajat. Berkurang sikit ummah lgbtq dan murtad di malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 06:36 PM
.......... |
|
|
|
|
|
|
|
bab pondan kemain lagi ko buru. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw dia nak keluar sebab passport dah batal kah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|