View: 1246|Reply: 1
|
All Blacks kembali nombor 1 dunia
[Copy link]
|
|
Brisbane: Jurulatih All Blacks, Ian Foster menegaskan memenangi perlawanan ujian adalah lebih penting sambil menyatakan kejayaan kembali menduduki ranking pertama dunia sama sekali tiada dalam perancangan mereka.
New Zealand sah akan kembali menduduki ranking pertama dunia apabila kedudukan ranking terkini dikemaskini minggu ini selepas melakar kemenangan 36-13 ke atas Argentina pada Kejuaraan Ragbi di Brisbane.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan New Zealand mengatasi Afrika Selatan buat kali pertama sejak 2018.
Kejayaan New Zealand itu dibantu oleh Australia yang mengejutkan Afrika Selatan 30-17 selepas meraih kemenangan 28-26 pada Kejuaraan Ragbi seminggu sebelum itu.
"Ia tidak berada dalam perancangan kami," kata Foster mengenai kedudukan ranking.
"Saya tidak bermaksud untuk meremehkan kejayaan ini. Kami akan bertemu Afrika Selatan minggu depan dan perlu fokus kepada perlawanan itu.
"Kami lebih berminat untuk memenangi perlawanan berbanding di mana kedudukan kami dalam ranking dunia.
"Jika kami terlalu fokus kepada kedudukan ranking, kami akan disingkirkan dan tidak akan kekal lama." - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PASUKAN All Blacks mempamerkan persembahan Haka sebelum bertemu Argentina pada Kejohanan Ragbi di Brisbane semalam. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|