CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1114|Reply: 1

Silat sertai Olimpik 2028?

[Copy link]
Post time 21-9-2021 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Impian untuk melihat sukan silat mendapat pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bakal menjadi kenyataan dan ia akan digapai ketika Sukan Olimpik 2028 berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) sudah mempunyai 'roadmap' ke arah penyertaan di Sukan Olimpik dan buat masa ini sedang dalam rangka memperkemaskan syarat diminta IOC.

"Untuk Paris (2024) ini, kita mungkin terlepas walaupun mempunyai sebuah persekutuan silat Perancis yang kuat. Ini kerana kita bimbang tidak sempat mencapai pengiktirafan daripada badan tertentu seperti Wada (Agensi Anti Doping Dunia) sehingga IOC," katanya.

Ujar Megat Zulkarnain, sekurang-kurangnya pada 2028 silat sudah boleh disenaraikan dalam sukan yang diterima untuk difikirkan boleh (menyertai Sukan Olimpik).

"Untuk tahun 2028, kita boleh berada dalam senarai dulu dan sekiranya boleh memohon untuk sukan pertunjukan, kita akan cuba. Persilat sudah membuat 'roadmap' yang jelas dan kita akan guna apa juga cara untuk memastikan (silat) dimasukkan dalam senarai dulu pada 2028," katanya.

Kata Megat Zulkarnain, Persilat sedang dalam rangka mengubah perlembagaan badan induk berkenaan dalam usaha menepati syarat ditetapkan IOC untuk berada di Sukan Olimpik. "Cuma ada sikit lagi yang IOC minta supaya Persilat mengubah sedikit perlembagaan kerana perlembagaan kita ini masih menyatakan untuk memilih presiden dunia hanya empat buah negara memilih. Ini IOC tidak boleh terima.

"Mereka kata, tidak boleh ada satu blok tertentu yang buat keputusan eksekutif. Jadi itu saja yang kena ubah. Namun untuk mengubahnya perlu adda kongres dunia. Kongres ini selalunya akan berlangsung seiring dengan Kejuaraan Dunia," katanya.

Tambah Megat Zulkarnain, disebabkan perkara itu Kejuaraan Dunia tahun depan (di Malaysia) tidak boleh ditangguh supaya membolehkan kongres diadakan.

"Daripada segi kelayakan lain pula, silat sudah ada di semua benua. Minimum (syarat) tiga benua tetapi silat ada di seluruh benua, kita ada di Asia, Afrika, Eropah, Oceania, jadinya kita sudah ada di semua benua," katanya. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 11:13 AM | Show all posts

PRESIDEN Pesaka Megat Zulkarnain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 1.019407 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list