|
Kuala Lumpur: Skuad pelayaran negara mempamerkan prestasi mantap di di kejohanan Ujian 1 Piala Emas Liga Pelayar di Switzerland semalam selepas memperoleh tempat ketiga sekali gus akan menjadi pembakar semangat menjelang cabaran sebenar di Piala Emas SSL tahun depan.
Menurut atlet pelayaran negara yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Khairulnizam Mohd Affendy, pengalaman diperoleh itu tentunya amat berharga apatah lagi skuad berkenaan baharu saja berusia 14 hari.
"Terima kasih kepada semua ahli pasukan atas usaha gigih bagi memastikan pasukan ini berada di pentas podium dan kepada kapten @danialnajmuddin kerana menjadikan ia satu kenyataan dan memberi peluang untuk kami belayar bersama bot besar.
Pasukan pelayaran negara menyertai kejohanan Ujian 1 Piala Emas Liga Pelayar di Switzerland. FOTO Ihsan Facebook Khairulnizam Affendy Abdullah
"Pada akhirnya saya sedar yang pasukan kami ini baru berusia 14 hari dengan ada sesetengah daripada kami tidak pernah bersama sebelum ini dan saya berbangga dengan pasukan ini.
"Ini membuktikan Malaysia mempunyai pelayar bagus dan mampu mengemudi 'keelboats!. Dengan keputusan ini, saya harap semua pihak dapat memberikan sokongan kepada program kami dan menjadi sebahagian pasukan untuk mencapai sasaran tahun depan," kata Khairulnizam dalam hantarannya di Facebook.
Turut berada dalam pasukan bersama Khairulnizam adalah pelayar Olimpik Tokyo yang lain seperti, Nur Shazrin Mohamad Latif, Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|