CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1340|Reply: 0

[Kedah] Maqis rampas hasil pertanian dari Thailand

[Copy link]
Post time 21-9-2021 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Maqis rampas hasil pertanian dari Thailand[size=0.8][size=0.9]Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


ANTARA hasil pertanian yang dirampas MAQIS di ICQS Bukit Kayu Hitam malam tadi. FOTO Ihsan MAQIS\



Alor Setar: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas hampir satu tan hasil pertanian dari Thailand yang cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import sah, malam tadi.

Jurucakap Maqis Kedah berkata, produk pertanian itu dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah lori di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam pada 9.40 malam.

"Pemeriksaan dilakukan anggota Maqis menemukan 390 kilogram (kg) buah mangga, 300kg lengkuas, 173kg nanas dan 130kg kacang tanah bernilai hampir RM10,000.

"Bagaimanapun, kami mendapati semua bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan itu tidak mempunyai permit import sah dan bekalan itu dirampas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, perbuatan mengimport atau mengeksport dagangan tanpa permit sah boleh disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama.

Katanya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

\

Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 7:25pm











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list