CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 3

Ada apa pada nama RNF Racing

[Copy link]
Post time 22-9-2021 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Nama pasukan RNF Racing MotoGP Team bukanlah sekadar tangkap muat namun sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang memberikan pengertian bermakna buat Prinsipal pasukan MotoGP negara Datuk Razlan Razali.

Razlan berkata, jenama baharu yang menggantikan nama Sepang Racing Team (SRT) itu diinspirasikan sebagai satu bentuk penghormatan kepada keluarga dan tiga anaknya.

"Apa maksud (di sebalik) RNF? Ini satu penghormatan kepada keluarga dan anak-anak saya. Umum tahu, bila kita bekerja di MotoGP, kita banyak bergerak dan tiada di rumah.

"Satu pengorbanan besar sebagai ayah kepada keluarga dan saya fikir ini satu masa yang sesuai untuk saya memberikan penghormatan kepada anak-anak saya dengan menggunakan huruf nama mereka sebagai nama pasukan bagi tahun depan," katanya.

Beliau berkata, RNF Racing MotoGP Team adalah sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada SRT berikutan penaja utama PETRONAS dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan untuk tidak lagi bersama pasukan bermula tahun depan.

RNF Racing MotoGP Team yang bakal bergerak sebagai pasukan independent (bebas) hanya akan menyertai saingan kelas perdana MotoGP sehingga 2026.

"Dengan keadaan dan situasi Sepang Racing Team, iaitu pengumuman pihak Petronas dan SIC untuk tidak sambung penajaan dan operasi pasukan SRT pada 2022, saya mengambil peluang dan kesempatan untuk berbincang dengan pihak Dorna, khususnya Carmelo Ezpeleta (Ketua Pegawai Eksekutif Dorna) untuk ambil alih entri MotoGP ini dari tahun 2022 hingga 2026.

"Bagi saya ini satu peluang yang baik kerana kalau dilepaskan (slot) entri MotoGP ini, kita tak akan dapat balik peluang ini kerana ramai pihak di luar sana yang inginkan entri MotoGP ini," katanya.

Selain itu, Razlan berkata, jenama baharu itu akan digunakan pada tahun dengan dengan mengekalkan struktur dan tenaga kerja yang sama.

"Saya percaya ini satu peluang yang baik untuk masa akan datang. Jadi tahun depan atas jenama baharu iaitu RNF Racing MotoGP Team. Saya akan tubuhkan pasukan ini dengan struktur yang sama dan orang yang sama.

"Pelumba bagi tahun depan seperti yang diumumkan Yamaha iaitu Andrea Dovizioso manakala pelumba kedua masih dalam perbincangan. Dalam tempoh sebulan lagi saya akan umumkan rakan penaja utama yang baharu dan juga rakan lain yang akan menyertai saya bagi musim depan. InsyaAllah pada pusingan di Misano kedua (24 Oktober) nanti, kami akan membuat pengumuman itu," katanya. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 07:45 AM | Show all posts

RAZLAN berkata RNF Racing MotoGP Team adalah sebuah pasukan yang dijenamakan semula. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 07:46 AM | Show all posts
RNF Racing MotoGP Team

RNF = Razlan N Family
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 07:47 AM | Show all posts
gud luck team...dh indi ni boleh la sauk mana2 rider tak perlu lagi timbul isu kena amik atau sediakan kuota rider local mcm dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.391025 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list