CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5011|Reply: 8

Pulau Tioman sedia untuk gelembung pelancongan

[Copy link]
Post time 23-9-2021 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by LelaRentaka7 at 23-9-2021 11:05 AM

Oleh Asrol Awang - Jun 28, 2021 @ 6:20am[email protected]





Gambar hiasan. - Foto Google


KUANTAN: Kerajaan negeri akan mempercepatkan proses vaksinasi di Pulau Tioman, bagi memastikan 80 peratus penduduk di pulau peranginan itu mencapai imuniti kelompok.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar,
Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata apabila status imuniti kelompok dicapai di Pulau Tioman, gelembung pelancongan dapat dilaksanakan di pulau peranginan itu.
Katanya, pembukaan industri pelancongan akan dapat mengimbangi kerugian, sekali gus meningkatkan pendapatan mereka yang terjejas di kawasan pulau berkenaan.
"Ia selaras pengumuman Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini supaya lebih banyak pihak yang terbabit dalam industri pelancongan dapat divaksinasi secara besar-besaran.
"Langkah proaktif ini (gelembung pelancongan) dilihat membantu negara luar seperti Australia dan New Zealand yang berjaya mengembangkan sektor pelancongan serta ekonomi antaranya membabitkan pengangkutan, penginapan dan makanan.
"Ia bertepatan strategi utama pelancongan iaitu mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk melancong sekali gus dapat menyemarakkan kembali sektor pelancongan domestik," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Dalam melaksanakan gelembung pelancongan itu, beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai kriteria ditetapkan antaranya pelancong yang ingin melancong sudah mengambil suntikan vaksin dan perlu melakukan ujian calitan.
Katanya, pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat perlu dilaksanakan demi memastikan tidak berlaku penularan wabak pandemik COVID-19 ketika aktiviti gelembung pelancongan dilaksanakan.
"Kita percaya apabila imuniti kelompok ini berjaya dicapai, bukan sahaja Pulau Tioman, malah lokasi pelancongan lain seperti Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut, Cameron Highlands dan Genting Highlands serta Bukit Fraser kembali dibuka," katanya.
Bagi memastikan imuniti kelompok itu dicapai, beliau berkata, kerajaan Pusat diminta mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Kita tidak boleh tunggu sehingga Ogos atau hujung tahun ini untuk mendapatkan imuniti kelompok.
"Segala perancangan vaksinasi sedia ada perlu diubah dan dilipat gandakan usahanya. Kita perlu mencapai imuniti kelompok jauh lebih cepat.
"Hanya dengan cara itu, aktiviti gelembung pelancongan dapat diperluaskan bukan sahaja di Pahang malah seluruh negara demi memulihkan dan merancakkan kembali sektor pelancongan negara," katanya.
Sebelum ini, Nancy berkata, kementerian itu menggariskan tiga fasa Pelan Pemulihan Pelancongan bagi mempercepatkan program vaksinasi di seluruh negara dan seterusnya menjayakan Program COVID-19 Free Destination.
Fasa pertama pelan pemulihan itu menyaksikan Pulau Langkawi dan Kuching, Sarawak dicadang sebagai destinasi rintis Program COVID-19 Free Destination manaka fasa kedua, program itu akan diperluaskan ke pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong termasuk Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman.
Fasa ketiga akan membabitkan sesi libat urus dengan semua kerajaan negeri berhubung penentuan destinasi pelancongan utama untuk diketengahkan sebagai lokasi yang akan diberikan perhatian.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank you for the info TT. Tak sabar nya nk melancong.. Lama sgt dh mereput rasanya.. I wonder mcm mana SOP utk pelancongan ni.. Adakah kena pakai travel agent juga mcm di langkawi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah.. Tapi mcm tioman, Time2 mcmni org dah tak pi Sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 11:58 PM | Show all posts

Kalau masa2 skrg ni Tioman dah nak tutup kot utk monsoon season? Sempat ke nak pegi?

Kalau dah bukak memang nak sgt repeat Tioman.. dulu pegi dgn family ramai2 best sgt. But it's not cheap la coz bayar feri masa tu pun sorang RM70 pegi balik.. tak tau now charges still the same or dah naik..

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 04:23 AM | Show all posts
Hmm bila agaknya dapat gi Tioman?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 01:02 PM | Show all posts
Anyone baru gi tioman this year? Boleh share experiences tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ada tak flight to tioman  ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2022 07:23 PM | Show all posts
MeeSai replied at 2-2-2022 01:30 PM
ada tak flight to tioman  ?

Rasanya takde but i might be wrong


cuba you tgk link ni

http://www.berjaya-air.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2022 07:28 PM | Show all posts
Airis replied at 25-9-2021 11:58 PM
Kalau masa2 skrg ni Tioman dah nak tutup kot utk monsoon season? Sempat ke nak pegi?

Kalau dah buk ...

Tioman nak bukak dah kalau masih ada plan nak pegi...cuba check link ni

Tioman is blessed with a beautiful long season, compared to the islands north of us on the Malaysian Peninsula. We are open from early February until mid November each year, as from mid-November through to early February, Tioman sees its monsoon season.


https://www.tioman-dive-centre.com/environment/weather/#:~:text=We%20are%20open%20from%20early,for%20diving%20all%20year%20round.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059951 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list