CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1528|Reply: 1

AS tekad rampas Piala Ryder, Eropah idam kejutan

[Copy link]
Post time 24-9-2021 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Kohler: Skuad Amerika Syarikat (AS) yang menampilkan sembilan pemain dalam kelompok 11 terbaik dunia cuba untuk merampas semula Piala Ryder dari tangan Eropah hujung minggu ini, di tambah dengan bantuan 40,000 penyokong dan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Bagaimanapun, pasukan Eropah memenangi sembilan daripada 12 edisi terkini kejohanan dwi tahunan itu termasuk tiga kali di AS.

Mereka membariskan pemain berpengalaman untuk berdepan pasukan AS termasuk enam pemain yang akan tampil buat kali pertama.

"Semuanya sudah bersedia untuk berdepan kami. Apabila anda berdepan situasi itu, tidak diletakkan harapan, cuba untuk mengubah persepsi dan selalunya akan berakhir dengan kejayaan.

"Jika kami berjaya mencatat kemenangan ia memang sesuatu yang istimewa," kata tonggak Eropah, Ian Poulter yang tidak pernah kalah dalam saingan Piala Ryder aksi singles match.

Juara empat kali kejuaraan utama, Rory McIlroy dari Eropah berkata, kemenangan akan membuatkan mereka boleh mendabik dada dan akan meninggalkan pencabar dengan kedudukan 10-6 sekali gus mengulangi pencapaian 2012 yang digelar 'Keajaiban di Medinah'.

"Saya sebenarnya teruja untuk merasai sekali lagi perasaan seperti itu. Ia akan menjadikan pencapaian tertinggi buat kami," katanya.

"Kami suka keadaan yang sedikit berangin, namun kami tidak meminta agar ia terlalu kuat sehingga menjejaskan lapangan golf.

"Tidak ada siapa yang mahu terlampau berangin. Ia tidak bagus untuk permainan sempurna dan adil tapi jika ada sedikit tiupan angin barulah ujian sebenar dalam sukan golf," kata ketua pasukan Eropah Padraig Harrington. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 08:27 AM | Show all posts

PASUKAN Eropah sedia lakar kejutan di Piala Ryder 2021. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.896115 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list