CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 1

Adakan segera AGM, EGM!

[Copy link]
Post time 28-9-2021 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tindakan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang senyap seribu bahasa tanpa ada sebarang perkhabaran untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) mengundang persoalan Datuk Markiman Kobiran.

Beliau antara ahli gabungan G12 berkata, PSM kini dilihat seperti tidak mahu mengalah dan berdegil biarpun sebelum ini draf pindaan perlembagaan sudah muktamadkan oleh wakil PSM, Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan G12 dan hanya menunggu kelulusan AGM.

Katanya, pengurusan PSM ketika ini dilihat seperti sudah beralih arah dan seperti cuba untuk mengusik perlembagaan baharu yang sudah dipersetujui sebelum ini.

"Sekarang ini tiada sebarang perkembangan. PSM masih berdiam diri. Mereka perlu melakukan EGM dengan satu agenda iaitu terima pindaan perlembagaan tanpa ada perubahan dan benarkan juru audit bertauliah untuk masuk melakukan audit. Selepas itu adakan AGM.

"Tapi masalah sekarang mereka tak mahu buat AGM. Apa yang mereka sibuk sekarang adalah mengajak ahli G12 untuk masuk PSM semula.

"Mereka perlu ingat, asasnya ketika G12 keluar dari PSM adalah kerana hilang kepercayaan, jadi apa yang perlu PSM lakukan sekarang adalah kembalikan kepercayaan itu dan buat apa yang sudah dibincangkan sebelum ini mengikut 'route map' ditetapkan," katanya yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor.

Sementara itu, Presiden Gabungan Sepaktaraw Kelantan (Gastak), Zuraidin Abdullah menyambut baik saranan PJS yang mahu EGM dan AGM diadakan segera.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chetok, Kelantan berkata, difahamkan bahawa PSM bakal mengadakan kedua-dua mesyuarat berkenaan pada bulan depan.

"Saya memang menyokong agar EGM dan AGM diadakan segera dan dimaklumkan bahawa ia akan diadakan pada Oktober ini," katanya.

Namun ketika ini, difahamkan sebanyak lapan dari 11 persatuan negeri sudah mengatakan persetujuan untuk kembali bersama PSM manakala tiga lagi masih dengan keputusan untuk tidak berdamai. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2021 09:38 PM | Show all posts

MARKIMAN gesa PSM jangan diam sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.183274 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list