CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 1

[Sarawak] Buda buru gelaran keempat dunia

[Copy link]
Post time 29-9-2021 09:40 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pemenang tiga kali gelaran dunia, Buda Anchah, 49 siap sedia untuk memulakan cabaran dalam Kejohanan Bina Badan Dunia Ke-12 2021 yang akan berlangsung di Taskent, Uzbekistan bermula dari 1 hingga 7 Oktober nanti.

Sehubungan itu, bermula detik pemburuan gelaran berprestij bagi kali keempat diinginkan itu menerusi dua kategori utama iaitu 70 kilogram dan master 80 kilogram ke bawah.

Selain itu, Buda akan turut beraksi dalam kategori campuran berpasangan terbuka (mixed pair open).

“Semestinya sasaran saya untuk cuba meraih gelaran dunia, memang ia satu tugas yang amat mencabar.

“Namun, dengan persiapan dilakukan ketika kini saya yakin misi untuk cuba beroleh pingat emas dan meraih gelaran dunia itu mampu terlaksana” ujar Buda kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengakui kemunculan pandemik Covid-19 hampir dua tahun yang dilihat turut menganggu persiapan dirinya.

Pemegang gelaran Mr. Asia sebanyak empat kali itu juga percaya peluangnya untuk terus mencetak nama sebagai pemenang tetap ada.

“Apa yang penting saya harus fokus sepanjang saingan membabitkan kedua-dua kategori tumpuan itu,” tambah Buda lagi.

Untuk rekod Buda Anak Ancah pernah memenangi gelaran dunia pada tahun 2013 di Budapest, Hungary, 2014 di Mumbai, India dan 2018 di Chiang Mai, Thailand.


suarasarawak September 29, 2021


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2021 07:02 AM | Show all posts
Semoga beroleh kejayaan yang d impikan ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.554957 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list