CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1434|Reply: 1

[Sarawak] Pergerakan Wanita PBB setuju definisi penduduk pribumi di Sarawak dikemas kini

[Copy link]
Post time 29-9-2021 10:03 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah dan Sharifah Hasidah ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB hari ini.

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyokong cadangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengemas kini definisi penduduk pribumi di Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pihaknya berpendapat agar pindaan ini dilakukan dengan segera supaya dapat menggambarkan kaum pribumi yang ada di Sarawak selain kaum Melayu dan Cina.

“Kita di Sarawak ada lebih 27 etnik dan sudah tiba masanya untuk kita meletakkan nama-nama etnik secara spesifik di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan satu undang-undang yang tidak boleh dipersoalkan, tidak mudah kita ubah.

“Sebab itu kita berpendapat mengemas kini definisi suku kaum yang ada di Sarawak ini mesti kita lakukan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB  di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sharifah Hasidah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Wanita PBB berkata, kemas kini definisi suku kaum ini mesti dilakukan melalui Majlis Adat Istiadat.

“Mana-mana etnik kaum di Sarawak yang mahu dimasukkan dalam Perlembagan Persekutuan boleh tampil mengemukakan nama kaum masing-masing di Majlis Adat Istiadat.

“Kita mahu di zaman moden ini dan berdasarkan hak asasi manusia sekecil-kecil mana pun kumpulan etnik, ia perlu diiktiraf,” katanya.

Oleh itu, katanya, sejajar dalam laporan Pesuruhjaya Antara-Kerajaan (IGC), Sarawak perlu mempertahankan tradisi dan bahasa kaum etnik di Sarawak.

Pada 21 September lalu, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri, Persekutuan Dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mahu definisi penduduk pribumi diperbaharui dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sharifah Hasidah dalam kenyataan berkata definisi semasa bagi Bumiputera Sarawak tidak menggambarkan kepelbagaian kaum masyarakat Bumiputera yang terdapat di negeri ini.

Katanya, kebiasaannya selain Melayu, Cina dan Dayak, Bumiputera lain dikategerikan sebagai lain-lain.

Justeru kata Sharifah Hasidah pihaknya telah mencadangkan definisi Bumiputera dikemaskini bagi mengambarkan kepelbagaian kaum bumiputera.

Katanya lagi, untuk menyediakan senarai lengkap jumlah kaum di Sarawak bukan satu tugas yang mudah.

Untuk itu katanya bantuan Majlis Adat Istiadat adalah diperlukan untuk menghasilkan senarai lengkap dan spesifik bagi memastikan tidak akan mana-mana Bumiputera Sarawak yang tertinggal.


utusanborneo.com.my/2021/09/28

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak, mata tertumpu kt perempuan yg berdiri, kiri sekali.. Tersilap pakai saiz bra ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063122 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list