View: 2303|Reply: 6
|
Misi emas Olimpik 2024 tidak mustahil - Rashid
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Perancangan untuk menyerlah dan menggapai emas di Sukan Olimpik 2024 dalam acara badminton dilihat bukan misi mustahil serta berada pada landasan tepat.
Ia sudah dibuktikan pemain muda negara yang sedikit demi sedikit menunjukkan belang sebenar terutama selepas mengetepikan Indonesia di suku akhir Piala Sudirman awal pagi tadi.
Menurut bekas perseorangan lelaki negara, Datuk Rashid Sidek, dengan kualiti yang dimiliki barisan pemain muda negara ketika ini, Malaysia mampu kembali menjadi kuasa besar dunia sukan itu.
Katanya, semangat juang tinggi dipamerkan tonggak muda negara ketika menumbangkan pasukan pilihan Indonesia 3-2 membuktikan Malaysia mampu menyinar di Paris.
"Apa yang penting sekarang, pemain muda yang ada ini perlu terus diberi pendedahan beraksi dalam kejohanan utama. Hanya dengan cara ini, mereka dapat menimba pengalaman sekali gus meningkatkan lagi prestasi masing-masing.
"Selain itu, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu melakukan perancangan yang teliti dengan merangka program latihan yang sistematik buat pemain muda negara. Manfaatkan sepenuhnya kemudahan sains sukan, psikologi dan analisis permainan bagi membentuk pemain yang mampu mencabar pemain utama dunia," katanya yang juga bekas jurulatih kebangsaan.
Ia adalah kali pertama Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dalam saingan Piala Sudirman selepas tewas dalam dua pertemuan sebelum ini pada edisi 1999 dan 2011.
Dalam aksi itu, beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See muncul wira apabila menyumbang mata kemenangan skuad negara selain beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang turut menewaskan lawan masing-masing.
Perseorangan wanita, S Kisona dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah berjaya memberikan tentangan sengit dan mengheret aksi ke set penentuan sebelum tewas di tangan lawan masing-masing yang mempunyai kedudukan ranking lebih tinggi.
Rashid memuji tindakan berani BAM untuk menghantar pemain muda yang kini sudah terbukti mampu membawa cabaran negara di kejohanan utama tanpa perlu bergantung kepada pemain senior.
"Dengan adanya pemain muda yang berkualiti, kita tidak lagi perlu mengharapkan pemain senior. Kita gunakan apa yang ada saja kerana mereka semua perlu digilap.
"Kita perlu berani mempertaruhkan pemain muda kerana mereka beraksi tanpa sebarang tekanan dan itu yang membuatkan mereka boleh mempamerkan prestasi sebenar.
"Sama ada menang atau kalah, mereka tidak rugi apa-apa pun. Kita mahu lihat semangat juang mereka, itu yang paling penting," katanya. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RASHID yakin pemain muda mampu menyerlah di Olimpik. -FOTO NSTP |
|
|
|
|
|
|
|
comel pulak..lejen tu
|
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate replied at 2-10-2021 09:58 PM
comel pulak..lejen tu
Tetap menten |
|
|
|
|
|
|
|
Muka tetap sama.x berubah walaupun dah makin berumur |
|
|
|
|
|
|
|
kalah kan Malaysia semalam
https://www.infosentral.my/badminton-piala-sudirman/
apa apa pun , i cadangkan lebih baik persatuan ni dendiam rangka strategi tak payah dok war war kan apa apa , especially tang part ada framework latihan bagus lah apa aplah sebelum kita lihat kesannya kat goal olimpik paris 2024.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|